Saturday 23 November 2013

UMRAH PART TWO : Kurma

Asalammualaikum, selamat malam...

Hari ni aku nak cerita kat korang pasal peristiwa buah kurma. Mana yang xpernah tengok buah kurma ni gamba dia yer..yang lagi satu pokoknyer..macam kelapa sawit jer..

pokok kurma yang macam kelapa sawit. dekat ladang ni ada warung teh panas. 

okay. sekarang ni aku nak jawab pertanyaan korang yang selama ni aku malu nak cakap. Ahahahahahha.
Mesti ramai pelik, kenapa aku balik dari umrah dulu aku sikit pon tak bawak balik kurma ker, kismis ke..kan?
So actually..cerita dia macam ni..

aku tak ingat masa bila, tapi masa tu kat Madinah. mama suruh aku makan kurma. Untuk pengetahuan rakan-rakan, aku ni ada satu penyakit, tak suka makan kurma or kismis. Aku tak suka rasa manis dia. Bagi aku pelik. Kalau aku makan pun, aku amek yang kering tahap giler babeng la. Yang orang cakap..euuwwww. XFRESH! . tapi yang tu je aku makan sebab dia tak manis. So, back to our story, bila mama suruh makan kurma, kurma nabi masa tu, memang basah basah abis la. fresh gitu...aku slumber je cakap....

"akak tak suka kurma lah. akak tak makan kurma. akak tak suka jangan lah paksa akak makan"

rasanya korang mesti dah dapat agak apa jadik kat aku kan? di sebabkan aku ter dan SENGAJA keluarkan ayat biadap itu, sehinggalah aku balik Malaysia, aku tak jumpe kedai jual kurma, orang jual kurma, atau orang bagi kurma kat aku. Ni bukan dongeng tapi realiti. Tapi part paling sedih tu, aku tak dapat bawak balik kurma untuk kawan-kawan aku. Sedih beb! merata tau aku carik kurma dekat Mekah tu, yang aku jumpa KURSLENDANG ada. padahal, mak cik sebilik aku, abang aku, adik-adik aku rileks jer jumpa kurma ke kismis. Siap orang sedekah lagi. hahahahahahahah

tu je nak cerita. So tak kira lah dekat Mekah ke, Madinah ke, kat mana-mana lah sekalipon, jangan la mengutuk ke, mengeji ke, makanan yang korang tak suka or tak sedap. Rasanyer, diam dan tayah sentuh dah cukup. kalau orang tanya kenapa, bagitahu jer dah kenyang. tak susah kan? kalau aku duduk palestin sane, aku rase mesti aku insaf. Sebab da kaya sangat dengan makanan, tu perangai buruk camni..Astaghafirullahalazim! 

tata...

Thursday 17 October 2013

ANTARA KAWAN DAN SEGALANYA

Asalamualaikum..

lama tak tulis blog. so hari ni aku nak tulis. hahahahahah
aku saje tak bawak kereta for this week, selain dari aku nak balik esok or maybe sabtu..other reason sebab nak tengok, bila aku susah siapa yang tolong aku. Like ussual..Alhamdulillah. dekat sini aku diberi kawan-kawan yang sangat brotherhood. That is BMFU titans. Alhamdulillah.
Orang cakap, nak tengok siapa kawan, siapa lawan, tengok siapa yang tolong kita time susah so its realize me for one thing...KAWAN LAGI PENTING AFTER ALLAH, RASULULLAH AND YOUR FAMILY. trust me. Thanks BMFU titans.

sincerly :
enab si penjual karipap. ^_^


Saturday 7 September 2013

DUNIA PRAKTIKAL

PIN PIN...

well mase cuti sem, budak-budak U lain tengah sedap-sedap membesarkan badan di rumah, aku pulak kena praktikal. kena bangun awal seawal 6.30pagi sampai 5.40petang. Tension beb! ingat cuti sem dapat la kan tido-tido..hurmm hurmmm


Praktikal ni xlama, just 10weeks je beb..tapi aku di extrakan one week ( actually 3days) atas sebab akak Siti xbalik cuti maternity lagi..eicehhh! tak cakap da cuti bersalin..weekkk! tapi 11 weeks ni kan...actually sampai aku naik sem baru..aku hanya ada 2 hari untuk tido sepuas-puasnya sebelum bermulanya sem giler iaitu tahun 4 diaman PSM akan aku hadapi...blerghhhhh!!


So..aku mula praktikal pada 24.6.2013..dekat Nichicon je, dekat dengan rumah je. Dalam 10 minit...kalau xjem. kalau jem 20minit. Aku di sumbatkan dalam Inspection deparment. duk kat opis. so adela table, komputer, pen pinjaman daripada Nichicon. Tapi bila trainning aku pegi la semua section yang ada dekat Inspection department ni. Well, 1st day masuk situ, giler boring aku ckp! briefing kannn..sapa yg xboring and the next 2 days, my new task begin....Overall, dekat sini aku dapat banyak pengalaman la, walaupun tade kaitan dgn PSM aku nnt, tapi pengalaman tu dpt la blaja and the best part, Inspection Department ni sangat best. Dari bos sampai la ke operator dia. Sediyh beb mase last day nk blah..Penat aku tahan xnk nangis. Bukan ape..diorang ni semua baik-baik. sobsobsob~~~~


hurmm hurmm! kiri tu Kak Merilin. Dia pandai giler-giler cakap Jepun. Dia da mcm translator tuk Manager Jepun QC da aku tgk sbbnyer aritu ade audit dari Austria kot, Takkan la org Austria nak cakap Jepun kan, so kak Merilin ni la translator antara Si Jepun dgn Si Orang putih ni. Aku seriyes la, selute abis kat kak Merilin ni sebabnyer dia boleh bercakap 3 bahasa, melayu, english and Jepun and aku kalau dgr dia ckp ngan Jepun tu, aku mesti dgr walaupun xphm sbb kak Merilin cakap Jepun sgt comel. Seriyes! and aku hope aku leh jadi cm kak Merilin. pandai 3bahasa. and..dia sangat pandai menjawab setiap soalan yang di bagi sbb aritu bos mane ntah mcm nak cari salah dia, pastu die bg fact sampai bos tu give up. One day, i will be like her! Amin! and now, she's pregnent! i hope her baby will be like her, comel, pandai and berani! ^_^

Yang kanan tu kak Sia and kak Ain. Diorang ni dari department QC, Orang kate Sedara gituuuu dengan Inspection. Aku suka tengok kak Ain jugak bila dia senyum sebab jarang la aku tengok dia senyum..maybe sebab tension kowt, well kena repair bende kecikkan...kalau aku pown tension. Tapi kalau Kak ain ni senyum, seriyes manis.and aku ske tengok. Kak Ain ni pown pregnent gak. rasenyer da nk smpai due date kot sbb aku tgk perut dia da besar sgt. Takut pulak tgk Kak Ain bejalan ke depan belakang. Kak sia aku xrapat sgt tp dia ske ckp cina..hehehehehe well sebab dia chinesekan...Apa-apa pun, thanks too ketiga-tiga kakak ni, sebab diorang byk tolong aku kat sini. esspecially kije ofis... ^_^


TARAAAAAA!...ni adalah gamba orang-orang kuat daripada Inspection Department. Merekalah pembantu aku sepanjang aku kat sini. *terharu! yang belah atas kanan tu, tu orang-orang besar kat Inspection, Mr.ong (manager), Kak Ellen ( Sr.supervisor), Cik Addine ( Asistant manager), Cik farouq ( Executive), Abg. Man yang ske bercerita ( Sr. Technician) dan Cik Azuan (Supervisor)...bagi aku..diorang ni memang Tok Guru la sebab ilmu penuh di dada gitu..tanya la ape pon, boleh jawab saje. Tension btl. ahahahahaha! Mr. Ong ni memang bos terbaik la aku penah jumpe sebabnya dia baik sangat. jarang aku jumpa bos camni. janji kau buat kije and kije kau bagus. Cik Addine and Mr, Ong ni pown pandai ckp Jepun. Aku tak tau la kenapa kan..tapi kalau diorang cakap jepun mesti aku ske dgr..best. Cam teruja gituuuuu. Yang gamba belah kiri tu..atas tu dari department In-process yang mane mummy dia Kak Azie, yang bawah pown same tapi mummy dia Kak Mahani and bawah sekali tu In-coming section yang mana Supervisor dia kak Ellen. Lasty, belah kanan bawah tu..final section yang mne daddy dia Cik Azuan. Budak-budak ni untung tau dapat duduk bawah deparment inspection sebabnya aku tengok cara kije diorang santai and asyik ketawa je. Lagi satu, bos bos diorang ni memang sempoi abis. Aku pown untung jugak..sebab di bg peluang training kak department ni..hehehehehe! 

so..ni antara gamba kenangan yang sempat aku tangkap sepanjang lastday aku kat sini..happy tapi sediyh gak sebabnyer tak dapat jumpe Kak Maszalinah. Kak mas yang banyak bantu aku pahamkan SPC sepanjang aku kat sini and Kak Mas is my feveret and Idol leader..aku igt cakap dia, kat industri ni tak same dgn ape kita belajar kat U..byk orang pandang rendah dekat pekerja kilang tp actually kat sini lah gedung ilmu. betul lah tu, kau ingat kalau dah semua orang kije ofis, kau dapat ke pakai fon canggih-canggih? tv besar nipis tu?...



owhh yea! before aku lupe...instead of valueble knowledge aku dpt kat sini, aku gak dpt hadiah kenang-kenangan...seriyesla..aku rase nak menangis mase dapat..and words yang diorang cakap wat aku touching xtra study elok-elok and jaga diri..wuaaaa! macam biasa je tapi kalau lastday ko kije orang cakap camtu, menusuk kalbu weyh! Anyway, Thanks for this present. ^_^



ini adalah hadiah feveret aku. and bagi aku value dia sangat tinggi. Hadiah dari my superb manager..Mr.Ong..thanks sebab bagi peluang aku practical kat deparment ni. ^_^

and lastly...ni hadiah dari Nichicon...mintak halal la yer batch ni. ^_^

so..byebye NICHICON..and thanks for the valuble knowledge and thanks jugak tuk layanan yang sangat baik daripada HR department, Production department, QC department dan semestinya,,,,
INSPECTION DEPARTMENT



Friday 7 June 2013

Nasihat aku untuk Kau, Sahabat

Bismillahhirahmannirahim..

Permulaan yang baik untuk menulis. Final exam makin dekat, and masa tu lah Allah akan bagi kita ujian untuk menguji tahap kesabaran hamba dia. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya, Sebaik mana pown perancangan kita, seteliti mana pon perancangan kita, kita kita ingat dan yakin bahawa perancangan Allah tu jauh lebih baik dan indah dari kita yang kerdil ini.

Mungkin perbezaan latar belakang keluarga, perbezaan latar belakang pelajaran yang membuatkan kita ni istimewa. Dan disebabkan keistimewaan itulah mungkin ibubapa kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Ingat, jangan salahkan ibubapa andai mereka tak merestui sesebuah hubungan. Ibubapa makan asam garam dulu dari kita. Ibubapa kita hanya nak melihat kita hidup senang, gembira dan ketawa di masa akan datang. Mereka tak nak kita rasa kesusahan, keperitan yang mereka lalui dulu. Bagi mereka, cukup mereka saja yang rasa. Perlu ingat satu je, sedangkan nyamuk gigit badan kita pown ibubapa kita marahkan nyamuk inikan pula masa depan kita. Takkan lah ibubapa kita tak risau kan? ^_^

Aku pernah rasa, macam mana hubungan yang tak di restui tu. Aku paham apa yg kau rasa. Mungkin bezanya apa yang membuatkan ibubapa kita tak merestui hubungan tu. Dulu aku pernah marah kan mama abah aku sebab diorang tak paham kehendak aku, tapi setelah byk yg terjadi, aku sedar, Setiap yang ibubapa kita tak bagi tu, makna nya bende tu tak baiklah untuk kita. Mungkin kita tak nampak sekarang, tapi lambat laun kita akan nampak.

Sahabat saya, Redha Allah tu datangnya dari Redha kedua ibubapa kita. Selagi kita seorang perempuan ni tak berkahwin, selagi tu la kita tanggungjawab ibubapa kita. Dosa kita pown ayah kita yang tanggung tau. Jadi, tanamkan dalam hati, ini adalah isyarat daripada Yang Esa untuk kita supaya berbakti kepada ibubapa kita. kita tak mungkin dapat balas jasa mereka tapi dengan mendengar cakap mereka sekurang-kurangnya kita dah buat mereka tersenyum. Ingat! tak salah kita berkorban untuk mereka. Korbankan masa depan kita untuk ibubapa kita tu belum cukup untuk balas setiap pengorbanan yang diorang bagi untuk kita dari besar sampai lah sekarang. Satu je aku nak cakap, kalau betul dia nak kau, dia takkan putus asa untuk dapat redha mak ayah kau walaupun sesusah mana. Ujian sekecil tu pown dia tak mampu nak tanggung, cuba bayangkan kalau ujian yang besar dari tu pulak, dia mampu ke tanggung? Allah baru uji dia sikit tapi dia da putus asa. Allahualam. Aku pown tak perfect, aku pown hanya pandai berkata. Orang cakap, cakap tu xsama macam mana yang kita tanggung tapi Janji Allah tu pasti, andai kita tak putus harapan, tak putus asa dengan ujian ni, Allah akan balas berganda-ganda kemanisan untuk hari akan datang. Janji Allah tu pasti. Senyum. La tahzan... ^_^

Thursday 30 May 2013

Maaf

Maaf sekiranya aku dah membebankan kau. Aku tak pasti dan aku tak tahu pertolongan yang aku mintak mungkin satu bebanan untuk kau. Sepatutnya aku berdikari. Sebab bila aku berdikari orang takkan jatuhkan dan pijak aku senang-senang. Sebab tu abah tak bagi aku banyak mintak tolong pada orang banyak kali sebab pertolongan boleh tukar kepada bebanan. Dan maaf jugak sekiranya bicara aku terlanjur sampai kau  rasa aku bukan yang terbaik. Aku mungkin tak sama macam perempuan-perempuan yang kau nak. Tak sama macam perempuan yang kau pernah suka atau admire.  Aku tahu, aku paham perempuan-perempuan tu jauh beribu batu lebih lembut, lebih menjaga hati, lebih sedap mata memandang, lebih lembut kata-katanya..dalam kata lain, kalau kau jalan sebelah, tak malu lah kau tapi bukan aku. Aku dah cuba menjadi yang terbaik tapi aku gagal. Aku mintak maaf. Mungkin lakonan untuk menjadi seorang yang kau suke tu patut aku hentikan atau makin lama makin aku tak paham apa tu erti kesempurnaan yang cuba aku carik. Maafkan aku. Aku dah cuba dan sekarang aku dah sedar, aku tak boleh jadi apa yang kau nak. Aku bukan macam mereka. Kekasaran aku itulah aku dan kau takkan terima sampai bila-bila. Maaf. Mungkin bezanya aku dan engkau, aku terlalu menerima siapa kau dan terlalu mahu menjadi apa yang kau mahukan dan sekarang, aku akan cuba hentikan mana yang kita dah mulakan. Bila aku tak menangis, bukan aku tak sedih tapi aku kecewa dengan diri aku, tak mampu menjadi yang terbaik lagi . masih belum jadi yang terbaik sampai tak mampu dah nank menangis.^_^
  

Friday 24 May 2013

Accident ^_^

Hye hello...

Well, cerita ni dah dua minggu senarnya. Busy sangat so tak sempat nak post entry. hehehehehe
Well pada 13 mei 2013, ye..tarikh bersejarah untuk aku. Takkan aku lupa lah sebab aku accident. Alhamdulillah, aku dan kereta serta roomate aku tak de pape lagi..actually, cerita dia macam ni...sebab dengar banyak sgt version yg tak sedapkan...hehehehehe

pagi tu pukul 8.30pagi, first class adalah class pak adi. kelas pak adi ni kalau lambat 15minit pintu kunci. So memang hari isnin aku memang bangun awal sikit la tapi suddenly ari tu aku terbangun lewat sebab tido lambat and aku mengantok masa tu. Well, pagi tu ujan kot, paham-paham la kalau ujan ni kan, tapi masa aku nak pegi kelas tu, ujan dah reda. Tapi jalan still basah lah. So aku tengok-tengok jam dah pukul 8.30. Rumah aku nak ke utem amek mase almost half an hour klau waktu pagi sebab traffic lite and kete banyak. So nak di jadikan cerita, aku pown drive tapi aritu aku tak bawak laju macam biasa sebab ari ujan tapi! aku terikut lorong kanan. Aku rasa sebab masa tu aku mengantok lagi la so aku pown ikut lorong kanan. Lorong kanan, kalau lepas ujan, lori pown tanak lalu tau sebab jalan die penuh air. Aku rasa aku gila la ikut situ. Aku dah nampak air, tapi aku tak berenti and aku pown drive, kowunk tau kan kalau kita drive dekat jalan berair, kereta kite mesti lost control and dats happen to me! kerete aku lost control..kereta nak ke kanan. Aku ulang, kereta aku nak ke kanan and aku memang duduk kanan maksud dia kat sini, aku da nak naik atas divider jalan da tapi aku cube sedaya upaya aku control kete so kereta aku memang tak masuk kiri dan sipi-sipi nak hentam divider. divider duduk kiri ker? Memang terhuyung-hayang la kete tu tapi memang tak masuk kiri sebab dlm kepala aku, kalau aku masuk kiri, aku mesti hentam kete kiri so aku memang sedaya-upaya control kete aku tanpa masuk kiri and aku sedaya upaya juga tanak break emergency sebab aku pikir kereta akan spin and orang belakang akan hentam aku juga. Of coz mesti lagi dasyat yang jadi. tiba-tiba, ada kereta dari belakang hon, aku terkejut! terus tekan break! BAMMMMMM!!!! and aku pown terus P kan kereta and turun tengok kereta. Masa aku nak turun tu yer...air yang bertakung pada lorong kanan, saya ulang, LORONG KANAN adalah atas paras buku lali. Imagine dalam dia? Aku tak kira, aku terus pegi tgk bontot kete and suprised! just calar je...aku tengok pulak kereta  orang belakang and tadaaaaaa! kemek kau! aku tgk jugak diorang ok tak and then aku terus nangis. Panic aku accident ni lebih teruk dari panic kereta aku lost control beb! seriyes! So mase tu aku just ingat menangis je. Terus call mama, cakap accident. Nak cerita pown dah tak boleh sebab air mata aku da mcm ujan. ahahahaha! Owh yea, masa accident tu, aku P kereta kan kt lorong kanan yer. Saya ulang, LORONG KANAN. So disebabkan tanak jadi jem, diowg suh alihkan kereta KE KIRI. tapi bukan aku yg alih la. Tangan da menggigil kowt. dah banjir so budak proses yang tolong alih kan ke kiri. selang beberapa minit abah call, and aku pown cerita la apa jadi dalam keadaan tersedu- sedan. Shima call kan asma' and fedzuan. First classmate aku yang datang time tu, Daus and mejoh. Pastu terus ramai budak kelas aku datang. Actually, aku tak uruskan pape pown, aku duduk tepi and nangis je. Semua urusan kelas, perbincangan diuruskan oleh budak kelas aku, shima and asma'. Seriyes la weyh...aku memang tak leyh pikir apa, dalam otak aku, aku pikir what have i done to my car again! so memang aku tak leyh wat pape la time tu. Bila ingat balik, bapak malu weyh! enab nangis. T_T ada selimut tak? nak tutup muka! Sebab ramai budak kelas aku nampak aku nangis woiii! So di sebabkan ada things happened and kerosakkan dia sangat teruk, abah suh settle balai. Heeeee...itu pown abah cakap kt shima sebab aku dah tak leyh terima arahan. Aku dah tak leyh pikir selain nangis. T_T
So pergi la balai...yang drive kereta aku Hapiz oncet, sebab tatau nak wat report ape, dah tak tau nak cite start darimana, so aku istighfar byk-byk kali. Hurmmm, 4 kereta yer teman saya buat report. heheheheheheh :-p thanks kowunkkkk...ahahahahah

So masa buat report tu, cik adik tu buat report sebelah aku, and aku terdengar report yg tak sedap...dia cakap aku masuk kiri. So jadi lah pelanggaran tu. and dia cerite kat rakan-rakan dia pown aku masuk kiri. So kat sini aku rasa bengang....Kita sama-sama budak manufacturing. Sama-sama amek engineering. Yang bezakan kita maybe pointer lah so apa kata bagi reason yang logic sket. Kalau aku masuk kiri, and baru kau langgar, takkan la kita berenti kat kanan. Kire cerita kau ni, kita belanggar di lorong kiri and macammne ley berenti kat lorong kanan? berani giler kau dah langgar and nak settle kat lorong kanan? kalau langgar kat lorong kiri, mesti tadi kita da kat kiri. and kalau aku masuk kiri, and kau langgar aku..mesti kereta kau atau aku akan terheret ke kiri..rite? Jangan jadikan alasan lost control aku untuk cakap aku masuk kiri. Yang calar kete aku, otak aku ingat lagi beb! owhhh..lagi satu, kalau aku masuk kiri and ko langgar, apasal kereta aku tak kemek? tapi calar kereta aku macam orang blakang nak potong kiri and suddenly kereta depan stop and BAMMM! Calar kereta aku, dari tayar sampai lampu, and calar tu calar seret. Kalau aku masuk kiri and kau langgar, harus lah kereta kau lagi teruk daritu and kereta aku kemek juga and tade calar seret tu. kemon lar, we are engineer, bagi alasan cara engineer berfikir la beb. And one more thing, yang hon aku tu kereta ko kan? means ko da nampak kereta aku lost control, why kau tak jaga jarak kau tapi kau still nak potong aku? and then ko cipta cerita cakap aku masuk kiri. aku bengang jugak la bila dengar cite tu. Kalau kita nak selamatkan diri pown, kemon la, jangan cerita alasan yg xlogic sister. fuhhh!

so hari tu tak pergi kelas sebab dapat MC. hehehehehe. and Alhamdulillah aku and kawan selamat and kereta pown selamat. Thanks la kat kawna-kawan yang tolong esspecially kawan kelas. kalau kowunk tade, aku memang tak tau nak watpe and cakap pe. and again to orang yang tolong repair tayar kete aku. Again aku susahkan dia. kuikuikuikui. So...tu je...nyway again aku cakap...aku proud dengan 3BMFU sebab semangat setia kawan diorang tinggi giler kowt! terharu..sobsobsobsssss






Sunday 12 May 2013

road Madinah to Mekah


Asalammualaikum..

Hari ni aku terpanggil untuk bercerita beberapa pengalaman aku dekat Tanah Suci Allah. Bagi aku, Allah bagi aku pengalaman untuk berkongsi. Ilmu yang di kongsi In Sha Allah pahala ganjarannye. In sha Allah..

Pengalaman Pertama ( Madinah)

Masa tu nak melawat Raudhah. Tu first time aku pergi. Memang kosong. Tapi Alhamdulillah, mama ada. semua yang aku takut berkurang. Suddenly, Allah kurniakan aku satu tanggungjawab. Menolak seorang makcik yang bergelar ibu. Ya Allah, hati aku merungut masa tu. Cakap mcm-mcm. dan itu first time aku tolak orang pakai kerusi roda. Subahanallah! sampai la aku terpisah dengan mama and nenek aku dalam masjid nabawi. Masa tu, memang aku rasa nak menangis. Aku beristighfar je tapi aku terus kan perjalanan jugak sampai dekat satu tempat, kami berhenti untuk solat sunat. Aku tersedar. Aku dah buat dosa rupanya. Allah tutup pandangan aku sebab dosa aku. Merungut padahal tu adalah amanah Allah. Sekiranya yang duduk dekat situ mama aku, adakah aku akan merungut jugak? aku terus solat taubat. solat hajat. Aku berdoa supaya aku jumpa mama aku balik sebelum aku masuk ke Raudhah. Alhamdulillah..Janji Allah itu pasti. aku jumpa mama balik. Mama tanya aku pergi mana, mama berenti depan pintu tu je nak amek air sembahyang dekat air zam zam tu. Kalau korang nak tau, masuk je pintu masjid nabawi..jalan sikit ada air zamzam. Sepatutnya tak leh amek air sembahyang tapi mama curi-curi. Selagi tak mengotorkan masjid, ambil je di mana-mana. Sebenarnya, masa aku nak gerak ke tempat aku solat sunat, aku dah pandang setiap pelusuk kawasan kat situ, actually mama ngan atok duduk betul-betul depan aku. Tak jauh dari aku tapi kuasa Allah, pandangan kami di kaburkan. Subhanallah!

Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Raudhah. Aku insaf. Walaupun aku tolak makcik tu tapi aku tetap dahulukan mama dalam apa hal sekalipon sebab seblum aku pergi, ade sape ntah pesan kat aku, lebihkan ibu kita, In sha Allah, Allah permudahkan segalanya.  Dan sekali lagi! Janji Allah itu pasti dan tiada keraguan, aku dapat solat betul2 dekat bawah mimbar rasulullah dengan kawasan yang luas. Subahanallah! Kalau kawan-kawan nak tau, laluan utk ke Raudhah terbahagi kpd 2. untuk org sihat fizikal dan berkerusi roda. Syukur ada makcik tu, kalau tak aku memang dah terpisah dengan mama sebab aku sihat tubuh badan. Nampak tak, peraturan Allah tu sempurna. Subhanallah! Lagi satu, mimbar rasulullah tu xbesar tau, kecik dan sempit. sekali dia bagi masuk memang ramai. Pikir sendiri la, dengan kerusi roda jadi makin sempitkan tempat tu? tapi Janji Allah tu pasti, aku dahulukan mama, aku dahulukan makcik tu. aku letak makcik tu betul2 saf depan. aku pastikan mama dapat solat dulu baru aku solat. Alhamdulillah. Kuasa Allah s.w.t..aku dpt solat btl2 blkang kerusi roda, tempat yg sempit tu tiba-tiba besar, penjaga yang garang tiba-tiba bagi aku peluang sehingga aku memberi salam. Subahanallah! Alhamdulillah...

Pengalaman kedua (Madinah)

disebabkan rasa rindu terhadap Rasulullah S.A.W, sekali lagi kami pergi ke Raudhah. Tapi kali ni atok tak ikut. Kesian atok, atok dah tak larat jadi atok balik dengan abah. Kami pergi sekali lagi selepas isya'. Kami dikumpulkan ke satu tempat mengikut negara. Malaysia adalah negara paling terakhir yang di benarkan masuk sebabnya, Klau dia bagi kita masuk sekali dengan orang arab tu, memang penyek la kita. kita tinggi ketiak dia je. besar kita separuh badan diorang. Lama sangat tunggu tapi atas kesabaran dan niat yang satu, kami cekalkan jugak hati. Alhamdulillah! dapat jugak masuk. Ya Allah, rupanyer begini tempat untuk orang yang sihat. Ada diantar mereka begitu taksub tu sebab sesi tolak menolak terjadi. Aku dan mama terus berhimpit2 mencarik karpet hijau, tanda kita sudah sampai ke raudhah adalah apabila karpet hijau, di situ lah Raudhah.  Sampai je kat karpet hijau aku terus suruh mama solat dulu. Sekali lagi, aku pastikan dulu mama dapat solat, baru aku solat. Sekali lagi. Janji Allah tu pasti! tempat yang asalnyer tadi sempit sehingga ruang untuk sujud pown tade, tibe-tibe jadi besar kawan-kawan! orang lalu lalang kat depan aku and mama aku tapi diowg tak pijak langsung tempat sujud kami! Subahanallah! dan Alhamdulillah, aku and mama dapat solat sunat 4 rakaat. Bermaksud 2 solat sunat. Alhamdulillah! Dan apabila aku nampak ada makcik tua ni berhimpit untuk solat, terus aku tarik makcik tu supaya solat di tempat aku itu. Aku dan mama balik. Alhamdulillah! makcik tu pown dpt solat sunat dan satu ketenangan aku peroleh malam tu. Aku dapat saksikan kuasa Allah. Allah itu Maha berkuasa!

Pengalaman Ketiga ( Mekah)

pengalaman ni masa wat tawaf wada' iaitu tawaf selamat tinggal. Ustaz sarankan buat 6+1..maka kami pown buat macam ustaz suruh. Asalnye kami 4 beranak tapi tiba-tiba burung berak dekat abang so dia terpaksa amek air sembahyang dan suruh kami sempurnakan tawaf dahulu. Sepanjang tawaf, kami 3beradik sentiasa menjaga keselesaan mama. Kami kepung mama dan tak bagi siapa pown tolak. Utk bahagian aku, sekiranya ada yang merempuh, aku cubit2 orang tu..aku nak tolak, aku tak daya, so tiba-tiba tekuar idea untuk cubit dan siku-siku  pak pak arab n mak mak arab ni. dan Alhamdullilah, menjadi! hehehehe!  Selesai 6 tawaf, dan atas kuasa Allah, tiba-tiba kawasan tawaf orang bekurangan. Mama terus bawak kiteorang kat makam nabi ibrahim. ya Allah! sekali lagi kuasa Allah, masa kami datang untuk melihat, tiba-tiba orang tak ramai, bila kami tinggalkan makam tu, tiba-tiba ramai orang. Allah dah permudahkan ibadah kami! Alhamdulillah..
Lepas tu, kami pergi ke hijir ismail. Masa aku nak ke sana, aku sentiasa pesan dekat adik aku, apa pown jadi, lindung mama dulu. Dahulukan mama dulu. Jangan bagi mama kena tolak dan Alhamdulillah, berkat usaha kamii 3 beradik, mama dpt beribadah dgn selesa dan senang. Bagi aku, doa mama tu mustajab, jadi sekiranya tak de keizinan untuk aku solat di situ, semoga dengan berkat doa seorang ibu, aku mampu menjadi berjaya dunia dan akhirat. Amin. Hijir tu kecik kawan-kawan. Tapi sekali lagi, kuasa Allah, tiba-tiba ada satu tempat je untuk solat dan terus aku suruh mama solat dekat situ. kami 3 beradik menjaga mama semasa beribadah. Ada orang nak pijak tempat sujud mama, aku mara..kami kepong tempat solat mama tu dan Alhamdulillah. Mama dapat solat di situ dan niat mama utk solat di situ terlaksana. Alhamdulillah. Sampai giliran kami, kami gilir dan sepanjang kami solat di situ adik beradik, tempat sujud kami besar sebesarnya. Subahanallah! Seperti aku cakap tadi, Kalau kita permudahkan ibubapa kita dan letak 1st priority utk mereka, In sha Allah..semua akan dipermudahkan..tempat yang kami solat tu, sekali lagi aku tarik de makcik tua keturunan arab supaya dia solat di situ dan lhamdulillah, dia dpt sempurnakan solatnyer juga...

so tu tiga pengalaman terbesar yang sampai sekarang aku ingat dan memang aku nak kongsikan. Mungkin Allah bagi aku peluang ni supaya aku pesan kat kau, kau dan kau supaya lebihkan ibu bapa kita. Ingat yer, Redha Allah terletak pada redhanyer ibu bapa kita pada diri kita. tak guna solat banyak-banyak, sedekah banyak-banyak tapi tade redha ibubapa sebab secara tak langsung kita takkan dapat redha Allah. ingat tentang cerita pada zaman Rasullulah S.A W yang mana ade seorang anak yang sgt baik, suka bersedekah, kuat solatnya, kuat puasanya, meninggalkan kemungkaran namun dia susah nak meninggal. Sebab apa? sebab dia lebihkan isteri daripada Ibu dia sendiri sampai ibu dia kecik hati. dan di sebabkan itu, azab yang die dpt sgt pedih. selagi ibu die tak redha, selagi tu dia takkan meninggal dan segala amalan dia sia-sia sampai Rasulullah nak bakar dia. Tapi atas belas dan sayangnyer ibu, seorang ibu tu, walau macam mana pown merajuk dia, sayang dekat anak tak pernah kurang tau! Peraturan Allah itu sempurna, percaya pada peraturannyer, selamatlah kita dunia dan akhirat. Itu yang aku belajar dan aku pratikakn sampai bila-bila... 

So..bagi yang akan ke tanah suci bersama ibubapa dia...senangkan ibubapa kowunk, niat dari sini lagi..In Sha Allah, semua tempat-tempat tu kita akan dapat pergi dan kongsikan kelebihannya.
Sempena hari ibu ni...Selamat hari ibu mama! kami sayang mama! semua ni kami takkan lupa!




















Thanks mama abah cause you brought we here! ^_^




Saturday 11 May 2013

MELETOP! POOMMM! ^_^

 Asalammualaikum..

hah! arini aku nak story sket kat kau, kau dan kau pe jadi kat aku pada hari jumaat lepas. Well, like usual la..ari jumaat adalah hari aku balik ke Bangi. My home sweet home. Actually aritu kul4 petang aku de intebiu  practical dekat kilang Nichicon. Well, on of the factory yg sama establish dengan Sony. Alhamdulillah! so aku pown excited la kan nak balik ni. Tapi tak tau la kenapa kan, aritu aku tergerak hati nak balik lepas solat jumaat. Kebetulan plak aku teringin nak makan Asam pedas Ani Parit Jawa so memang aku balik after solat jumaat la.

Nak di jadikan cerita, hari tu mama asyik call je tanye bila nak balik. hewhewhew! selalu pukul12 da terpacak depan pagar rumah, arini pukul 1.30 ptg tak sampai-sampai, mau xrisau orang tua tu kan. So tepat pukul 2 aku pown gerak dari umah. masa gerak dari rumah tu actually aku da dengar bunyi tayar tu lain macam, well..aku ni kalau kereta aku de bunyik lain mcm sket aku memang alert. Mau tak alert, tu larh satu-satunyer harta yang aku de weyh. Abah bagi pinjam. so kne la jage elok-elok kannnnn..bila aku dah dgr bunyik pelik tu, aku teros stop kete kat tepi ans cek tayar. tapi okay je so aku powngerak and aku dengar lagi bunyik tu. Tibe-tibe bunyik tu ilang so niat aku dah sampai umah nak bagitahu abah tayar problemm. Aku pegi la isi minyak cam base and blablablablabla...

Dah lepas tol, aku pown speed cam base. belagak ni. Dok lorong paling kanan..speed..errr pikir sendiri la kat highway dok paling kanan. Al-maklumlah..time tu dah pukul2.30 beb! intebiu pukul 4! kalau bawak kura-kura tak sempat plak kn? so speed cam base...suddenly!! plupluplupluplup...lebih kurang camtu la bunyik aku dengar dari lua. Aku teros [elankan radioa and dengar balik. bukak tingkap and bunyik kuat teros bagi signal ke kiri. Time nak ke kiri tu kete vios ni pandang aku. dalam hati aku da tergerak ni, tayar aku meletop ke, then teros bagi hazard light and kua and tadaaaaaaaa! Yes! TAYAR AKU MEMANG MELETOP WEYH! DAH KEMPIS! SIAP PECAH_PECAH LAGI! T_T

Jam menunjukkan pukul 2.35 petang tak silap. Duduk jap kenang nasib and then teros call incik Zaki. Tapi....jawapan hampa yang aku dengar. Ye..mane tak hampa weyh! dia da kat rawang woiiiii! so aku da nerbes da..aku nak mintak tolong sapa ni?? so tergerak hati aku call kawan kelas aku..hehehehe..Amal! Maaf la amal, kau menjadi insan bertuah. aku tak tau nape aku teros nak call ko. Hahahahaha! dia boleh gelak eyh...and soklan cepu mas die bagi aku..ko reti tukar tayar kete tak! MESTI LAH TAK! AKU KAN POMPUAN! ahahahahaha...sesi pujuk memujuk berjalan dan yes! Amal datang tolong! Yahoooo!!! Lepas call Amal, teros call abah, bagitahu tayar pancit. Aku tak tahu la...tadi masa call Amal ngan Zaki, tak de pulak aku nak menangis, bile kol abah je..hah kau! berjurai-jurai ayaq mata. Control abeh la mase cakap ngan abah..ahahahahah! So, before amal datang, aku cek dulu tayar spare ( aku tak tahu pulak yang tayar tu ade lock, padanlah tak leyh nak angkat), peralatan-peralatan untuk tukar tayar. Aku terjumpe kotak merah....aku tergerak ati nak bukak..tadaaaa!!!! yes! da jumpe emergency signboard tapi yer..aku tatau nak bukak...ahahahahahaahah! belek punye belek..Amal sampai ngan Kudip. Okay fine..kudip gelak aku bagitahu aku tak reti bukak menantang tu. Malunyer aku!!!!!! name engineering student, tapi bukak tu pown xreti..ok! aku cemas mase tu..ehem ehem!

Thanks la kat diowg sebab datang tolong tukar tayar walaupun bila diorg tanya, tempat pusing ni mane? spana mana? and jawapan aku entah...sebab jujur la..aku tak penah amek tau ape abah bubuh dalam bonet tu even abah bagitahu pe abah bubuh..aku slalu cakap..OK! dan skunk..nah! aku insaf beb! Nyway, lesson paling aku tak lupe is, In sha Allah, after dis kalau tayar pancit, akuu dah leyh tukar sendiri. Thanks to Amal and Kudip sebab bukan tolong aku tukar je tapi bagi aku pengalaman sendiri camne nak tukar tayar tu and seriyesly aku perlu lebih tenaga mase bukak bold kete tu. tapi yang lain Amal and Kudip cakap aku dah lulus.

Yeayyyy! tayah nak hepi sangat...dah pukul 3.30...memang aku bawak kete 45minit jelakan dari melaka ke Bangi. Yela, aku delaykan intebiu ke pukul4.30. Sepanjang dalam kete tu, aku istighfar je. Permudahkan jalan aku. Aku yakin Allah pasti tolong hamba dia and tadaaaa! aku sempat sampai and selamat sampai. Alhamdulillah. and the best part is.......AKU DAPAT LI DEKAT SITU. DUDUK DEPARTMENT FEVERET AKU, QUALITY CONTROL. AND THE BEST THING, AKU LEYH WAT THESIS SEKALI KAT SANE! elaun eyh..shhhhh...itu PnC kay. Papepon..lesson aku dapat time tu..First, even tayar aku meletop, aku bersyukur sangat dia tak tarik kereta kalau tak aku rasa aku heret la dosa-dosa aku tu masuk kubo and Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk aku bernafas and selesaikan ape yang patut. urusan dunia dan akhirat. Second, next time, jangan jadik perempuan yang bodoh. Pandai pakai kereta, pandai tukar tayar, isi angin, blablablabla..lesson ketiga pulak, PAKWE AND KAWAN, TRUST ME, KAWAN LAGI PENTING....lesson keempat and terpenting, SETIAP UJIAN YANG ALLAH BAGI, TAKKAN MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBANYA. PERCAYA PADA DIA, IN SHA ALLAH, SEGALA YANG SULIT AKAN SENANG..


LAHAULAWALAQUWATAILABILLAILALYULAZIM


Sunday 5 May 2013

Countermeasure for PRU dis year..

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu saya nak mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya untuk PRU kali ni dan kepada PR, perjuangan masih perlu diteruskan..In Sha Allah...dan kepada BN, janji sila ditepati...lebih tulus dan jangan asik bg kroni je mkn..hewhewhew..

Actually, dulu aku xberminat pasal politik. Aku rasa politik ni sangat kotor beb. Tapi! setelah aku pergi ke satu program yang mana aku rasa aku telah ditipu, mana taknyer weh..dia tulis program anak angkat, komain hah aku siap google dalam internet pengalaman-pengalaman orang yang pergi program tu, semata-mata nak tahu best ke tak. sekali bila aku join je program tu, mula tersemat satu perasaan dan nekad. sumpah aku tanak undi kau. Klau kau boleh tipu mahasiswa dengan guna name program lain, tak mungkin kau boleh tipu rakyat...well, macam kne curah api mase tu. Yang tak tahan, siap tuduh aku pengintip. kepala hotak kau. Kau cakap kan..memang betul-betul aku buat.then dari situ aku carik kebenaran...ahahahahah! tu la storynyerrr...

So sepanjang PRU13 ni kan..aku terpanggil untuk menyalurkan satu idea kepada SPR. Yela, tiap-tiap kali pilihanraya, yang kena hentam kuat, SPR. Actually aku sian kan diorang. Tak de bukti sahih mengatakan diorang ni berat sebelah. Cakap mulut, semua orang boleh cakap kan? so aku memang kesian kat diorang. Yang tak buat kije dengan betul tu lantak dialah kan, yang buat kije dengan betul..tak pasal-pasal kita dah menfitnah..kan? kesian kot kat diorang. Tapi aku pelik, SPR tade wat postmortem ke pas pilihanraya ni? means aku carik kelemahan and topup balik so that, dah tade la orang cakap itu ini for next pilihanraya kn?..kalau ade, kenapa aku tak nampak peningkatan? masih ditakuk yang lame..please bos-bos SPR, kesian kat anak buah korang. Asik kena hentam..

Dalam term engineering, tenaga manusia digantikan dengan mesin-mesin untuk mengurangkan bahaya. Contohnye mesin welding, ade robot welding..so die gantikan tenaga manusia and pakai robot. so that, manusia takdelah terdedah dari bahaya and paling penting, kualiti terjamin. Teori engineering la cakapkan. So dripada teori ni, dapat kite simpulkan, mesin ni tade perasaan penat, takut, and blablabla rite? 
so kenapa kite tak amek teori ni and apply dalam kiraan undi SPR? yang kira undi tu manusia kan? diorang pown tahu penat, bila da penat so orang luar akan gunakan istilah penat tu dengan menabur fitnah. kan? kalau salah mintak maaf. Let say, kalau engineer leyh cipta AES untuk ganti tenaga polis yg terdiri daripada manusia, so kenapa engineer tanak cipta mesin kire undi? Simple rite? kalau robot yang kire undi, tade lah lagi fitnah berat sebelah tu jadi kan? 

okay, peti undi tu kan cam begkan? ape kata peti undi tu engineer buat bagi jadi sesuatu yang kreatif. i mean, buat macam hopper tertutup, so that tade la istilah merapu-rapu tu wujud lagi andddd fitnah untuk SPR boleh dikurangkan rite? Ye...kalau xkira manual, nanti camne nk tau berapa banyak undi rosak kn? Well, engineers, u are well educated, belajar kat oversea then balik lah berbakti buat bende simple ni..even mesin beras pown boleh asingkan kulit beras and beras, so why kamu as engineers tak leyh pikir mesin kira undi yg konsep die lebih kurang kn? Bila dah ade mesin, precision untuk berlaku ralat tu dapat dikurangkan rite? Kalau benda lain kita dah boleh teknologikan, why bende sesimple ni tak leyh nak teknoligikan. See, negara lain rasanyer tak de lagi yang buatkan? let say Malaysia jadi the first country yg buat..tak ke Malaysia di angkat tinggi and lagi bagus kalau yang buat mesin tu orang beragama islam. kan? And secara tak langsung, negara leyh buat duwet dengan mengeksport mesin-mesin tu untuk negara luar. 

So engineers sekalian, dalam tempoh lima tahun, ade baik you all seat together and do a research bout this thing. nampak remeh temeh kan? tapi In sha Allah, kakitangan SPR tade la lagi di gelar pembelot. So orang nak kate itu ini pown tak leyh la kan? so engineers daripada semua field, turun and pikir untuk teknologikan 2 benda penting..PETI UNDI and MESIN KIRA UNDI. even lecturer-lecturer yg from field engineering pown rasenyer dah boleh berpikir da sekarang. 

Saya masih mentah. banyak yang perlu belajar. Tapi ini ape yang saya amati. Kalau kita boleh teknologikan pelbagai benda, cuba kita teknologikan yang ini pula. Tak semetinya kereta, moto and the other things je leyh sumbang kepada duwet kerajaan kan? Saya masih belajar. Baru sangat. cuma idea je mamapu diberi. Pastinya banyak engineer yang berpengalaman yang mungkin dah de IR pown kat name diorang yang boleh fikirkan dgn lebih baikkan?  so to goverment, ape kate kite beralih ke projek minor ni pulak, nampak macam remeh tapi kalau pikir deeply mesti kita boleh diangkat oleh mata luar. So engineers, kamu ade 5tahun dari sekarang start arini untuk berfikir. Cuba bayangkan, yang jadi SPR tu anak cucu kamu, kena tabur fitnah padahal da berkhidmat habis jujur...prisip engineer, WE SOLVE THE PROBLEM rite? this is the years problem..pleaseee settle it dear.. sekadar pendapat. maybe leyh wat tajuk tuk master..hewhewhew ^_^



Friday 3 May 2013

Buat sahabat

Asalammualaikum..
buat sahabat - sahabat yang di sayangi..

Aku tau kamu dalam keadaan berduka..menangis..menahan sakitnya hati..aku tahu perasaan kamu..aku tahu sakitnya macam mana..sebab aku dah pernah rasa dulu. Aku mintak kamu jangan ulang apa yang aku buat dulu. Dulu aku jahil, aku tak pernah bersyukur dan selalu salahkan takdir. Kamu tau tak kawan, bila kita salahkan takdir, umpama kita salahkan Allah S.W.T. Subahanallah! besar kan dosa aku? Aku pon hampir berputus asa. Tahu tak kawan, antara dosa-dosa besar adalah bila kita berputus asa. Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah! 

Aku pun tak sekuat mana, tak setabah mana. Aku pun pernah tersungkur. Tapi berbekalkan iman dalam diri aku, aku selalu berpesan dekat diri aku. Hati ini milik Allah kawan. Kalau kita tak redha dengan segala kejadian ni, bermakne kita masih marahkan Allah. Tak takut ke marah kan Allah? Tak takut ke kalau Allah putuskan rahmat untuk kita??

Aku tahu, aku pandai cakap jer. Tapi bila kena aku pon menangis macam kamu jugak. Tak! Aku hanya menangis untuk melepaskan segala apa yang aku pendam. Tapi aku sentiasa ingatkan diri aku, Allah bagi kita ujian sebab Allah tu rindukan kita, Dia rindu nak berborak dengan kita. Cuba tanya diri kita balik, sepanjang Allah berikan kegembiraan, berapa kali yang kita bersujud dan berborak dengan Dia?? Tak pernahkan?? sebab tu Allah tarik balik apa yang Dia bagi. Sebab kita dah lupakan Dia. Dia tanak kita jauh dari Dia. Tanak kita alpa dengan apa yang Dia beri. Tu tanda Dia sayang kita kawan. tu tanda Dia sentiasa ingatkan kita. tak berbangga ke kita jadi insan sebertuah tu? sentiasa dinigati oleh-NYA..

kamu, setiap yang Allah tarik, Allah akan ganti dengan yang baru. Janji Allah tu pasti. Yakin lah kawan. Allah selalu bagi apa yang kita perlu. bukan apa yang kita nak. Pahamkan sekarang? Jadi, janganlah menangis lagi. Bangunlah dan jadi kuat tau...


Sunday 21 April 2013

Happy weeding day!


Wahhh! sedar tak sedar, rupanya ramai kawan-kawan aku yang dah kahwin. Dari sekolah sampai ke politeknik. Jelez kot! tapi Alhamdulillah. Seru diorang dah sampai dan jodoh diorang dah datang. Papepon aku ucapkan Selamat pengantin baru dan kekal sehingga ke anak cucu. Bagi yang lelaki nya, jadilah imam yang terbaik dunia dan akhirat. Bagi Sepenuh perhatian, tanggungjawab, kasih sayang, didikan agama dan sebagainya untuk keluarga korang. Bila kowunk bertiangkan agama, In Sha Allah bahagialah dunia akhirat rumah tannga korang. Bagi yang perempuannya, jadilah isteri yang meringan bebanan suami di dunia dan akhirat. Jadilah ibu yang sentiasa mengasihi anak-anak kowunk. Eicehhh!

Aku? lambat lagi yer...Aku nak kejar cita-cita aku, impian aku dulu. In Sha Allah, bila da dapat semuanya turn aku pulak. hewhewhew. Kita merancang, Allah dah tentukan. Aku terima dengan redha. Apa yang aku tau sekarang, aku nak sambung belajar sampai Phd. Dr. Nur Hasrin Binti Sabri. Aku nak Hj. Sabri dengan Hjh. Hasanah hepi. Hidup pegang pada prinsip..

" kalau orang nak kan kita, seribu tahun pon dia akan tunggu. itu barulah dipanggil kesetiaan"



Wednesday 6 February 2013

kenapa ANAK HARAM?


   Gambar apakah ini? Geli? Sedih? nak muntah? nak menangis? Kejam bukan orang yang membuang sekujur tubuh dari syurga ini ke dalam tempat yang jijik kan? membuang tubuh ini ke dalam longkang, tong sampah dan yang lebih kejam menghanyutkannya ke sungai ala-ala zaman nabi dahulu dan kemudian tubuh kecil ini tersangkut, tecarik dagingnyer dek ranting-ranting, besi-besi cerucuk yang ada di sungai-sungai itu. Ini mungkin gambar yang tidak segeli yang anda lihat di google, yang mana gambar ini hanya sekujur tubuh yang sepatutnya bewarna kemerah-merahan yang di tatang dengan penuh kasih sayang, di pakaikan segala perhiasan dan wangian agar sekujur tubuh ini sentiasa kelihatan comel, akan tetapi, sayang...sayangnyer...tubuh kecil ini tidak lagi bewarna merah namun BERWARNA BIRU SAYANG, TANPA SELAPIS PAKAIAN PAKCIK MAKCIK, dan lebih memeritkan DIBARINGKAN DIATAS HAMPARAN RUMPUT YANG MUNGKIN PENUH DENGAN SERANGGA ABANG, KAKAK, ADIK-ADIK. Pernah fikir kenapa? mengapa? perkara ini terjadi? pernah fikir secara mendalam dimanakah silap orang-orang yang bernama MASYARAKAT ini?

Asalammualaikum dan salam sejahtera..
terlupa pula saya hendak memulakan bicara dengan pembuka perkenalan. Bagaimana? perasaan marah membuak-buak terhadap 'ibu' yang melahirkannya? perasaan benci kepada 'bapa' yang pandai membuatnya tapi tidak bertanggungjawab? Jangan, Jangan marah mereka sehabisnya kerana kita sebagai masyarakat, saya sebagai masyarakat pun ada salahnya. Pernah fikir, mengapa mereka tergamak melakukan perbuatan yang mungkin lebih teruk daripada binatang ini? pernah kah kita berfikir? terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa ini mungkin pendapat seorang insan yang cetek pemikirannya, yang tidak hebat ilmu agamanya tetapi sebagai seorang islam, saya terpanggil untuk menyampaikan mengenai ini kerana febuari sudah menjelang. mungkin bicara saya menyinggung perasaan ramai pihak namun saya ada pendirian saya.

Sayang sekalian, secara jujurnya seorang ibu mana yang tidak sayang pada anaknya bukan? pergi sahaja kamu temu ramah kesemua perempuan-perempuan yang telah terlanjur di pusat-pusat yang menghimpunkan mereka, apakah perasaan pertama mereka saat takkala menatap wajah anak mereka? Sayang, 9 bulan bukan satu tempoh yang sekejap. sepertimana yang kita tahu, pertalian ibu dan anak semasa itu sangat kuat, setiap rasa, perasaan yang dirasai sang ibu akan di rasai oleh sang anak sayang. Sejujurnya, mereka ini mahu membelai, menatang anak mereka ini yang kalian panggil sebagai ANAK HARAM ini namun sayang, mereka akan tersentak dan kemudian bernekad untuk membuangnya jauh daripada sisi mereka. Mengapa mereka mempunyai pemikiran sebegitu? Sayang-sayang, Ya..pertamanya mereka TAKUT..TAKUT kepada masyarakat, jikalau mereka membela anak ini, sudah semestinya maruah mereka tercalar. dan lebih memeritkan, Sang ibu berfikir juga, sekiranya anak ini hidup pun, adakah masa hadapan untuk sang anak? takkan ada..hanya panggilan SAMPAH dan ANAK HARAM yang kita, saya sebagai masyarakat alunkan ke telinga mereka. Mesti kalian berkata sebegini kan.. " dah buat baru tahu takut, masa sedap tak ingat takut?" Sayang, kita ni siapa yang nak kata sebegitu? kita ni malaikat ke? kita ni Tuhan ke nak menghukum sesama manusia? Ingat, mulut yang berkata tu, mungkin akan buat jauh lebih teruk dari itu....Sedangkan pelacur pun dapat masuk manusia sayang..tak mungkin penzina akan kembali ke pangkal jalan sekiranya kita mendoakan mereka..

Pertamanya, mengapa yer masyarakat memandang serong terhadap ANAK HARAM ini? dan yang lebih memalukan lagi yang memandang serong dan hina terhadap ANAK HARAM ini adalah saya, MELAYU yang BERAGAMA ISLAM. Memalukan bukan? Tolong sayang, tolong lah berikan saya petikan dan potongan hadis mahupun ayat al-quran yang ada memanggil anak yang dilahirkan oleh penzina ini adalah anak haram. Sayang, yang meletakkan nama sesedap ini kepada anak si penzina ini juga adalah saya, ye..seorang MELAYU dan seorang yang beragama ISLAM. 

Sebenarnya, di dalam ISLAM yer sayang-sayang, tiada istilah anak haram akan tetapi dipanggil anak luar nikah. Yang beragama ISLAM sepatutnya lebih jelas mengenai maksud anak luar nikah inikan? mari sayang, saya jelaskan...anak yang lahir luar nikah ini adalah anak yang lahir hasil daripada hubungan ibu bapa tanpa ikatan yang sah dari syariat islam. Indah bukan ISLAM? Ada ke di sebut anak haram? saya tahu..pasti kamu  berkat " eyh, serupa la tu" ...jangan menukarkan ISLAM yang indah kepada pemikiran kolot, oppss pemikiran kurang baik seperti anda...

Sayang, 
anak yang lahir itu sebenarnya sempurna dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa.  Hinggakan, bau syurga seperti yang ada pada bayi yang sah tarafnya juga ada pada mereka. Jadi siapa kita untuk memandang serong kepada bayi ini walhal bau syurga itu sudah cukup untuk membuktikan yang bersalah adalah ibu bapa mereka bukannya mereka namun kita masih lagi menunding jari sekeras-kerasnya kepada anak-anak ini bukan pada ibu bapa mereka yang entah siapa-siapa...  izinkan saya memanggil mereka sebagai AMANAH ALLAH.

Sayang, 
Disegenap, dipelusuk dan serata tempat, terutama di kawasan yang banyak adatnya, yang banyak pantang larangnya, sering kali kita hina, kita cerca, kita maki, kita panggil anak-anak ini dengan nama yang sangat merdu untuk di ungkapkan iaitu ANAK HARAM. Bahkan bukan itu sahaja, kita mengaja anak-anak kita untuk membuli, menghina juga amanah Allah ini. Pernah kita fikir perasaan mereka sewaktu amanah Allah ini datang ke sekolah untuk belajar, untuk berjihad kepada Allah, namun, anak-anak kita telah membuli, menghina dan sebagainya kepada amanah Allah ini. Tidak segan saya katakan, Ibu bapa anak-anak yang mencerca Amanah Allah ini lebih hina daripada penzina ini. Maafkan saya..tapi sejujurnya anda pasti tahu mengapa saya berkata begitu.

Sayang-sayang sekalian,
Tahukan kamu semua bahawa ANAK HARAM yang saya panggil ini adalah Amanah Allah kepada kita sebagai umat islam. Ye! mereka tiada ibu mahupun bapa, oleh itu, kita yang bertanggungjawab untuk mengasuh, memberi pendidikan agama kepada mereka. Kita diwajibkan untuk berbuat baik sesama manusia, tunjukkan pada saya hadis mahupun potongan ayat Al-Quran yang menyatakan hanya beberapa golongan sahaja yang wajib kita berbuat baik..tunjukkan kepada saya sekiranya saya silap.
Amanah Allah ini, sekiranya kita layan mereka sama seperti makhluk yang lain, mereka akan menjadi seorang insan yang lebih berjaya daripada anak-anak kita sayang. Saya hairan, mengapa amanah Allah ini yang di persalahkan dan dipersiakan walhal yang buat jahatnya adalah ibubapanya?  mengapa mereka yang dapat gelaran semerdu itu sedangkan yang mewujudkan mereka adalah ibubapa mereka? tidakkah kamu sedar hukuman kamu itu tidak berasas? sekiranya yahudi itu kejam, rasanya saya lagi kejam bukan? menghina yang tak bersalah. Ya! anak ini akan jadik anak borek, bapak rintik. kalau dah keturunan penzina, 7 keturunan lah penzina. Memanglah 7 keturunannya penzina dah kalau setiap hari dikutuk, di hina, di cerca. Setiap kebaikan tidak dipandang jadi adakah mereka akan memikirkan kebaikkan selepas itu??? tidak hairanlah mengapa mereka kebanyakkan menjadi bohsia, bohjan dan selainnya, kemudia kita semua bising, masalah sosial berleluasa sedangkan kita tidak selidik dimana masalah itu berpunca. Ya sayang! itu berpunca daripada saya. Yang sentiasa menyalahkan yang tidak berdosa dan saya juga salahnya kerana tidak menjaga Amanah Allah ini sebaik-baiknya.

tahukah kamu sayang bahawa Amanah Allah ini layak untuk menjadi Imam dimasjid? yang Amanah Allah ini tidak layak jadi adalah wali kepada adik beradiknya, bukan di haramkan untuk berjaya, untuk menjadi orang yang disegani. Mereka ini Amanah Allah. Ya Allah, berapa banyak dosa yang kita telah lakukan tanpa kita sedar?? tahukan kamu akan itu? kita telah menafikan hak mereka untuk hidup berjaya seperti kita di atas dunia ini dan yang lebih teruk sayang, kita telah memutuskan secara tidak langsung persaudaraan sesama islam kita ini. Ingat, mereka ini islam. dan sayang, mereka ini adalah AMANAH ALLAH.


sayang,
sudahlah tu memanggil mereka ANAK HARAM. mereka tidak haram. Siapa kita untuk mengharamkan yang tidak haram sayang? anak ini amanah Allah, kita sebagai masyarakat yang harus menjaga dan mendidik mereka. bukan meminggirkan mereka. Sayu, sedih saya melihat masyarakat kita menggelarkan mereka anak haram sedangkan mereka bukan haram cuma mereka dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Bukan mereka yang mahu dilahirkan diatas dunia hasil persetubuhan haram. Sekiranya mereka mampu meminta, mereka pun tidak mahu di lahirkan sebegitu. Yang hina adalah ibubapa mereka sayang. bukan mereka. sekiranya mereka hina makan kita juga hina. Proses kejadian mereka sama. Hasil daripada sperma yang memasuki daripada tempat yang hina dan berjumpa dengan ovum maka terjadilah segumpal daging. itu juga kita lalui sayang. Cukuplah hina mereka. Hinaan inilah yang membuatkan mereka menjadi seperti ibubapa mereka, hinaan ini jugalah membuatkan mereka dibuang ke tempat yang hina.....

Kita sedih,kite menangis bila lihat bayi ini dibuang tapi apabila mereka bernyawa, adakah kita menjaga mereka? kita memberikan kebahagian kepada mereka? Jangan menjadi talam, menangis saat mati, menghina saat hidup. Sekiranya diberi kesempatan, mahu aku melihat mereka berjaya setanding dengan manusia lain...In Sha Allah...

Thursday 24 January 2013

RESULT??

Alhamdulillah..
itu yang pertama keluar daripada mulut aku..Bersyukur tak terhingga atas kurnia-NYA. tahun ini sahaja aku dah dapat 2 kegembiraan..dan ini kegembiraan paling besar untuk aku..3 sem aku tunggu untuk beat result kazen aku and atlast! sem ni tercapai jugak..mungkin kerana cabaran daripada mama yang selalu mahukan anak-anaknyer berjaya di dunia dan akhirat and ni untuk mama and abah! Ini baru permulaan..ada 3sem lagi and aku promise untuk beat result kazen belah mama aku lagi. yang aku beat baru gpa..aku akan pastikan cgpa die aku beat skali! In Sha Allah! Usaha tangga kejayaan! see! tak semestinyer kita tersungkur masa mula sem kita takkan bangun untuk sem akan datang and ini juga untuk semua yang selalu pandang aku sebelah mata! Lain kali jangan cabar aku...tiap bait kata-kata kau aku ingat tau dan aku anggap die sebagai cabaran..^_^

Apa-apa pon, aku nak say thanks kepada DUA HOUSMATE AKU, semestinya ASMAA' and SHIMA...sebab diorang tunggak kejayaan aku selama ber sem-sem ni! Asmaa'..kalau dia takde dekat sape lagi yang nak layan soalan pelik-pelik aku yang kadang-kadang tak masuk akal and kadang-kadang wt die fedup..kikikikiki! aku takkan lupa masa paper control system, aku sanggup tunggu sebelah dia yang tengah tido tuk tanya satu soklan...asma tengah ngantok pown dia layankan je..thanks asma'! tuk shima pulak, thanks sebab banyak bagi nota and yang paling berjasa..buku control kau yang naik lunyai aku gunakan sepanjang satu sem...walaupun aku tau ko sediyh tengok keadaan buku kau yang dah uzur bila aku pulang ke tangan ko..maaffff...! hewhewhewhew! hah! rakan-rakan study group..WANI, ZAHID, IJA, KUDIP, AMAL, NAPI, ACAP, ELSA, FATIYAH, NABILA yang supply nota, bersengkang mata sampai pagi tuk  study same-same..weee~ untuk FUAD dan IS jugak...thanks yep..sebab mealyankan soklan aku yang bodoh-bodoh tu..kikikikiki..TUK MY DEARIE, ZAKI, thanks tau sebab hari-hari dengar cik enab ni nangis sebab balik-balik exam je cik enab ni mesti menangis..takkan lupe time paper control, thanks sebab temankan cik enab ni menangis puas-puas sebab sediyh sangat tak leyh buat..and to all my classmate of cos, tak pernah kudukut nak kongsi hint..^_^

owh yea! usaha aku ni tanpa bodek-bodek lecturer kay. kan da jadi trend sekarang bodek lecturer untuk dapatkan markah tinggi kan? so ni bukan trend aku..bagi aku, kalau kita usaha, tayah bodek pown Allah akan bagi kejayaan tu..kalau tak bagi sekarang mungkin kat tempat lain kejayaan kita..yang penting tak perlu untuk membodek. Barulah berkualiti. ^_^

Alhamdulillah! ini dugaan. Setiap yang diberi itu semua dugaan..samada dalam bentuk gembira ataupun musibah...so naik sem nanti aku buatkan tuk semua budak kelas karipap yang macammane yang aku janji dan nazar tu and tuk my lecturer jugak. and to Dr. Punesh, thanks a lot... ^_^ to asma' sazali...saya dah tunaikan janji saya...jangan lupa Teddy cekelat yang mate sepet tu tau ^_^....betul lah cakap kau,kiteorang boleh, cuma tak yakin pada diri and malas..kikikikiki

"MAMA ABAH ABANG IJOL, INI SEMUA UNTUK KAMU..KAKAK TAKKAN
MENGHAMPAKAN KAMU..INI JANJI KAKAK
MASA MULA-MULA MASUK UTEM!"


Saturday 19 January 2013

Kenapa Aku Kurus?

Asalammualaikum!
wahhh...dapat jugak aku update blog setelah beminggu aku bertempur dengan final exam! sangat meletihkan! seriyesly! berat aku turun dengan mendadak. Thanks to final exam. Okay,,nowdays orang sibuk cakap pasal LISTEN LISTEN, UiTM Lendu but now aku nak cakap pasal kesihatan...pasal KURUS. Laaa...dah kenapa buat muka pelik..yer, aku nak cakap pasal kurus. *mentang-mentang diri aku ni kurus...kikikikiki
Selalu kalau aku meet someone mesti diorang akan cakap camni...

  "kau makan banyak, tapi kau kuruskan?" 
"kau bela saka eyh? makan banyak tapi tak gemok-gemok?"
 "memang keturunan kau makan banyak tapi tak gemok-gemok eyh?"

dannnnn banyak lagi.....penat lah dengar orang cakap camtu. So now aku nak dedahkan tTHE BIGGEST SECRET kenapa untuk masa sekarang badan aku mantain kurus even aku sumbat belori-lori makanan..yer yer..untuk masa sekarang yer..masa hadapan aku tak sure la..ye larrr..time tu kalau da de anak..mesti la body shape lari sket kan..eden bukan artis..mungkin time tu engineer yang berjaya..aicehhh! *dah berangannn....



Badan aku tak gemok tak kurus..mungkin sebesar tiang? atau lebih sedap bahsenyer lidi penyapu mak mak kat kampung tu..sobsobsob T_T kikikiki! Berat aku 46KG, tinggi aku 151cm..yer..aku ketot,,so what? ketot-ketot ni ade banyak advantages kay..antaranyer..aku boleh menyelit, kawan-kawan aku semua tertinggal kat blakang..kau ader???? stop talking nonsense here..okay..badan aku pon macam kamu kamu di luar jugak..kadang-kadang naik kadang-kadang turun cuma tak berapa nampak..tapi kalau di perhatikan betul-betul..actually aku da berisi sket..cik Abam selalu pesan, 

"jaga makan tu ain, nanti gemok dah tak cantik.."

depan aku kata yer..belakang, selagi makanan depan mata tak habis selagi tu aku akan makan..memang tabiat buruk aku adalah selagi kau sua makanan depan aku, selagi tu aku akan makan, maknenyer..untuk bagi aku jadi anaconda, tolong jangan letak makanan depan aku..see! macam bela saka kan? ahahahahaha! actually kawan-kawan..rahsia aku tak susah..aku tak penah diet, dulu pernah terpikir nak diet tapi life still young beb, esok da tua..dah tade gigi, dah sakit itu ini, baru kau mengade nak makan macam-macam kan? masa sihat muda gatal sekat situ sini nak makan ape kan? tu makan die skerang yer kawan-kawan..weee~~

Pernah dengar tak pasal matabolisma tinggi? aku adalah salah seorang makhluk ciptaannyer yang mempunyai metabolisma yang tinggi..Alhamdulillah!...sebab tu lah aku makan berlori-lori pown, Alhamdulillah badan aku still macam ni..kawan-kawan yer, Metabolisma adalah proses dimana badan kita membakar kalori. Maksudnyer yer kawan-kawan, kalau metabolisma kita lambat bertindak maka dengan raminya kalori yang dibakar pon sikit dan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit..... Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika kita tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah....

kawan-kawan yer..setahu aku ada 3 perkara semulajadi yang mempengaruhi metabolisme badan kita kay,..
  1. Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.
  2. Genetik: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.
  3. Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan memambahkan berat badan walaupun mengambil makanana yang sama (sewaktu muda).




 rileks duluuuuuuu..,jangan terjun banggunan lagi...rileks dulu...heheheheeh! ada banyak cara untuk tingkatkan metabolisma badan kita kay..actually sikit je..tapi bia sikit dari banyak tak terbuat..am i right kawan-kawan?..okay..aku kongsi tips nie..kowunk kena ikut, lepas ni tayah la makan sekali sehari la, nak makan roti je..nasik tanak makan sampai mati la and blablabla...macamni yer kawan-kawan..kite clasifite kan kepada 5 benda...


  1. Latihan/Senaman:  Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot. so kawan-kawan, ko tayah nak pegi gim sangat larh, esok pagi..bangun pe\agi je ubah-ubah kerusi ke meja kat umah kowunk..xpown angkatkan sayur-sayur ikan-ikan yang mak kowunk beli tu..eicehh..cam aku buat plak..ahahahahah!
  1. Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa".  woi woi..siap highlight lagi kau! Sape yang cakap kat aku kena diet tayah makan tu..kau bukak mata besar-besar and baca..and pahamkan..aku malas dan nak cakap..kalau rasa nak mati cepat ke nak badan kurus cam tengkorak kat kaki lima..tayah makan..aku sarankan la eyh, daripada kowunk skip meal kowunk, baik kowunk tayah makan terus..bukan apa..cepat sket effect tu dtg..kan?
  1. Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama sehari!
    Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
     Ini tayah cakap la..aku harap lepas ni banyakkan lah minum air, bukan untuk kurus je beb, tapi air ni bagi oksigen untuk otak..tak caye kan..esok..semingg kowunk jangan minum air tau..kite tengok ape hasil die..oraite?
  1. Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolsima. Jangan lah pulak pergi taruk cili sepaket dalam masakan, itu nak bunuh diri..elok nak tingkatkan metobolisme, kena cirit-birit plak..so berpada-pada lah..yang baget-baget i tak tahan pedas tu, ni aku nak bagitahu, mat salleh duk UK pown carik sambal belacan, sambal udang, masak lemak cili padi tau kat Malysia..so renung-renungkannnnnn...
  1. Supplement: Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan menginkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dan lain -lain. ni bukan aku...kowunk try la..sebab bagi aku, every single medicine yang kite amek adalah dadah..dadah akan bagi side effect kat badan kite..sebaik mana pown dadah tu, akan ade besar taik idung jugak effect die..orang Yahudi tak makan dadah tau..setitik dadah pon diorang tak guna tapi die gantikan herba ASLI untuk sihatkan tubuh badan..



so enough tuk aku membebel-bebel...have a nice try kay! Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang dari aku...kalau kurus sangat pown tak bagus..bia badan berisi janji sihat..jangan sebab nak kurus badan terseksa..ingat..setiap tubuh badan yang kita sakiti esok kita kena jawab tau..gudluck!



Peace yo! bye!