Friday 7 June 2013

Nasihat aku untuk Kau, Sahabat

Bismillahhirahmannirahim..

Permulaan yang baik untuk menulis. Final exam makin dekat, and masa tu lah Allah akan bagi kita ujian untuk menguji tahap kesabaran hamba dia. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya, Sebaik mana pown perancangan kita, seteliti mana pon perancangan kita, kita kita ingat dan yakin bahawa perancangan Allah tu jauh lebih baik dan indah dari kita yang kerdil ini.

Mungkin perbezaan latar belakang keluarga, perbezaan latar belakang pelajaran yang membuatkan kita ni istimewa. Dan disebabkan keistimewaan itulah mungkin ibubapa kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Ingat, jangan salahkan ibubapa andai mereka tak merestui sesebuah hubungan. Ibubapa makan asam garam dulu dari kita. Ibubapa kita hanya nak melihat kita hidup senang, gembira dan ketawa di masa akan datang. Mereka tak nak kita rasa kesusahan, keperitan yang mereka lalui dulu. Bagi mereka, cukup mereka saja yang rasa. Perlu ingat satu je, sedangkan nyamuk gigit badan kita pown ibubapa kita marahkan nyamuk inikan pula masa depan kita. Takkan lah ibubapa kita tak risau kan? ^_^

Aku pernah rasa, macam mana hubungan yang tak di restui tu. Aku paham apa yg kau rasa. Mungkin bezanya apa yang membuatkan ibubapa kita tak merestui hubungan tu. Dulu aku pernah marah kan mama abah aku sebab diorang tak paham kehendak aku, tapi setelah byk yg terjadi, aku sedar, Setiap yang ibubapa kita tak bagi tu, makna nya bende tu tak baiklah untuk kita. Mungkin kita tak nampak sekarang, tapi lambat laun kita akan nampak.

Sahabat saya, Redha Allah tu datangnya dari Redha kedua ibubapa kita. Selagi kita seorang perempuan ni tak berkahwin, selagi tu la kita tanggungjawab ibubapa kita. Dosa kita pown ayah kita yang tanggung tau. Jadi, tanamkan dalam hati, ini adalah isyarat daripada Yang Esa untuk kita supaya berbakti kepada ibubapa kita. kita tak mungkin dapat balas jasa mereka tapi dengan mendengar cakap mereka sekurang-kurangnya kita dah buat mereka tersenyum. Ingat! tak salah kita berkorban untuk mereka. Korbankan masa depan kita untuk ibubapa kita tu belum cukup untuk balas setiap pengorbanan yang diorang bagi untuk kita dari besar sampai lah sekarang. Satu je aku nak cakap, kalau betul dia nak kau, dia takkan putus asa untuk dapat redha mak ayah kau walaupun sesusah mana. Ujian sekecil tu pown dia tak mampu nak tanggung, cuba bayangkan kalau ujian yang besar dari tu pulak, dia mampu ke tanggung? Allah baru uji dia sikit tapi dia da putus asa. Allahualam. Aku pown tak perfect, aku pown hanya pandai berkata. Orang cakap, cakap tu xsama macam mana yang kita tanggung tapi Janji Allah tu pasti, andai kita tak putus harapan, tak putus asa dengan ujian ni, Allah akan balas berganda-ganda kemanisan untuk hari akan datang. Janji Allah tu pasti. Senyum. La tahzan... ^_^