Saturday 11 August 2012

S.A.H.A.B.A.T

Alhamdullilah.
Setelah sekian lama merancang, akhirnya berjumpa dan berbuka juga kami 6 sahabat bersama-sama (actually tak cukup sebab naz and wan tade ). Lokasi kami adalah di noodle station, Alamanda putrajaya. Actually ini adalah first time yer aku makan di situ and not bad jugak larh. Tak leyh cakap sedap sebab ada lagi kedai yang wat kuew teow ladna lagi sedap tp bagi aku ar kan..berbaloi ar dengan kuantiti yang dia bagi. weeheeee..well, bila kami dah berjumpa, jari jemari tak habis-habis meng'captcha' gamba..hikhikhik


hah! ni masa sampai. Tak silap sampai pukul 6.45pm.
kami berebut nakkan seat kat dinding tu..ahahahah! macam budak-budak!

Ni larh sahabat aku susah mati. Yang baju biru tu amoy, yang belakang baju biru tu
el, yang depan el tu namenyer maziyah, sebelah dia nisa and sebalah nisa echa.
Diorang ni, susah ke senang ke selalu ada tau. 
Ni la di namakan sahabat!

Ni unsubscribe

aku, amoy and el. Time ni aku da kelaparan menanti buka..heee ^_^v

Kami sangat bowsan kay!

y???

hahahah..ini candid picture kay! Amoy tengah betul-betulkan tudung sebab
tahu jap g another photoshoot will be held..eyh??

okay. Aku suka gamba ni sebab teserlah keburukan aku and amoy dan bukan El.
thanks kepada yang mengambil gamba..ahahahahah!

Setelah penat menatap makanan dihadapan mata, Atlast azan berkumandang. Yang mengetuai doa adalah echa..weehhheee! and lepas tuuuu...

ada kuew teow ladna, mee ade creamy cream, french fries and air I MISS YOU lemonade.
nampak kecikkan? tapi cukup sebenarnya sebab masam habaq hang!

okay! nampak air yang macam dalam jug belah kiri tu? 
tu air amoy punya sorang..amazing rite? yang dalam balang kueh raye tu..
yayah punye air and el, disebabkan air nyer tak sampai-sampai, dia 
terpaksa minum air mineral je..hikhikhik.
so lepas ni tayah beli cawan ke gelas tuk raye, belilah balang kueh
raya lebih and jadikan cawan..masyukk!


ini orang mungkin tak tahu lapau. sempat lagi hah bergambau! ahahahahah

echa tanpa mempedulikan orang disekeliling. Makan sampai licin kau. heee

aku? actually eyh, kentang tu sangat panas. Tu la, lain kali makan tiup dulu. 
cer tengok belah kanan, nasib lah suku je yang masuk moy, kalau penuh muka kau masuk..
mungkin aku terpaksa cut muka kau. Siapa lah kejam sangat amek gambau ko mase 
kau tengah wat muka camtu?? ahahahah

Yang ni memang lapau abis. kentang di kiri, mee di tengah, air sejug dikanan.
ni semua makanan dan minuman berbuka dia..heheheheh

owh maziyah! maafkan aku! aku nak tunjuk gambau makanan.
heheheheheeh!

setelah puas makan dan memenuhkan perut, kami tak lupa untuk berjumpa kepada yang telah memberi kami rezeki. Kami menunaikan solat maghrib, isya' serta sunat teraweh sebanyak 8 rakaat bersama witir di masjid besi. Betullah, di akhir-akhir ramadhan tinggal sebilangan kecil sahaja yang berjemaah. Owh yea, tu larh first time aku pegi masjid besi, selama ni lalu je..hikhik! and first time gak aku pergi teraweh amek gamba..hahahahah!

sebahagian jemaah yang ada ^_^

Ni aku dengan el. Si kecik yang mulutnya becok. hehehehe

ni aku dengan el, maziyah dan amoy. 
Betullah. sechantek chantek wanita adalah wanita yang menutup auratnya.
InsyaAllah, satu hari nanti mungkin aku akan memakai tudung yang menutupi dada. Amin

sian nisa tau. Asik jadik camera women. Tu yang belah kiri aku tu..heheheheheh

owh yayah! nape ko spoil kan gambau ni dengan tutup mata kau??
nyway, ruang yang kosong kat belah kanan tu senanyer menunjukkan yang korum tak cukup.
Mungkin akan tiba masanya, naz dan wan akan memenuhi ruang yang kosong tu.
mungkin naz akan jadik imamnyer?
InsyaAllah. satu hari nanti. Amin!


  Kawan beribu senang untuk dicari tapi sahabat susah senang sangat susah untuk dicari. Walaupun sudah berkeluarga, bekerjaya tapi kami tidak pernah melupakan sahabat kami. mungkin nanti bila kami ada anak, kami akan ceritakan bagaimana bezanya sahabat dan kawan. Kebiasaannya, kalau kami keluar mesti takkan cukup korum sebab masing-masing sudah ada komitmen, masa belajar dengan sekarang adalah dua alam yang berbeza tapi aku akan pastikan yang satu hari nanti, korum yang selame ni tak pernah cukup bila keluar akan cukup jugak sebab kami adalah SAHABAT! and mesti lagi seronok! Cerita suka duka kami, kami je yang tau dan kami je yang tau yang pertalian sahabat kami takkan putus.

  owh yea! yayah, el, amoy, echa, nisa, wan dan naz. You're the best friend forever i ever had after my family. ^_^v