Wednesday 6 February 2013

kenapa ANAK HARAM?


   Gambar apakah ini? Geli? Sedih? nak muntah? nak menangis? Kejam bukan orang yang membuang sekujur tubuh dari syurga ini ke dalam tempat yang jijik kan? membuang tubuh ini ke dalam longkang, tong sampah dan yang lebih kejam menghanyutkannya ke sungai ala-ala zaman nabi dahulu dan kemudian tubuh kecil ini tersangkut, tecarik dagingnyer dek ranting-ranting, besi-besi cerucuk yang ada di sungai-sungai itu. Ini mungkin gambar yang tidak segeli yang anda lihat di google, yang mana gambar ini hanya sekujur tubuh yang sepatutnya bewarna kemerah-merahan yang di tatang dengan penuh kasih sayang, di pakaikan segala perhiasan dan wangian agar sekujur tubuh ini sentiasa kelihatan comel, akan tetapi, sayang...sayangnyer...tubuh kecil ini tidak lagi bewarna merah namun BERWARNA BIRU SAYANG, TANPA SELAPIS PAKAIAN PAKCIK MAKCIK, dan lebih memeritkan DIBARINGKAN DIATAS HAMPARAN RUMPUT YANG MUNGKIN PENUH DENGAN SERANGGA ABANG, KAKAK, ADIK-ADIK. Pernah fikir kenapa? mengapa? perkara ini terjadi? pernah fikir secara mendalam dimanakah silap orang-orang yang bernama MASYARAKAT ini?

Asalammualaikum dan salam sejahtera..
terlupa pula saya hendak memulakan bicara dengan pembuka perkenalan. Bagaimana? perasaan marah membuak-buak terhadap 'ibu' yang melahirkannya? perasaan benci kepada 'bapa' yang pandai membuatnya tapi tidak bertanggungjawab? Jangan, Jangan marah mereka sehabisnya kerana kita sebagai masyarakat, saya sebagai masyarakat pun ada salahnya. Pernah fikir, mengapa mereka tergamak melakukan perbuatan yang mungkin lebih teruk daripada binatang ini? pernah kah kita berfikir? terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa ini mungkin pendapat seorang insan yang cetek pemikirannya, yang tidak hebat ilmu agamanya tetapi sebagai seorang islam, saya terpanggil untuk menyampaikan mengenai ini kerana febuari sudah menjelang. mungkin bicara saya menyinggung perasaan ramai pihak namun saya ada pendirian saya.

Sayang sekalian, secara jujurnya seorang ibu mana yang tidak sayang pada anaknya bukan? pergi sahaja kamu temu ramah kesemua perempuan-perempuan yang telah terlanjur di pusat-pusat yang menghimpunkan mereka, apakah perasaan pertama mereka saat takkala menatap wajah anak mereka? Sayang, 9 bulan bukan satu tempoh yang sekejap. sepertimana yang kita tahu, pertalian ibu dan anak semasa itu sangat kuat, setiap rasa, perasaan yang dirasai sang ibu akan di rasai oleh sang anak sayang. Sejujurnya, mereka ini mahu membelai, menatang anak mereka ini yang kalian panggil sebagai ANAK HARAM ini namun sayang, mereka akan tersentak dan kemudian bernekad untuk membuangnya jauh daripada sisi mereka. Mengapa mereka mempunyai pemikiran sebegitu? Sayang-sayang, Ya..pertamanya mereka TAKUT..TAKUT kepada masyarakat, jikalau mereka membela anak ini, sudah semestinya maruah mereka tercalar. dan lebih memeritkan, Sang ibu berfikir juga, sekiranya anak ini hidup pun, adakah masa hadapan untuk sang anak? takkan ada..hanya panggilan SAMPAH dan ANAK HARAM yang kita, saya sebagai masyarakat alunkan ke telinga mereka. Mesti kalian berkata sebegini kan.. " dah buat baru tahu takut, masa sedap tak ingat takut?" Sayang, kita ni siapa yang nak kata sebegitu? kita ni malaikat ke? kita ni Tuhan ke nak menghukum sesama manusia? Ingat, mulut yang berkata tu, mungkin akan buat jauh lebih teruk dari itu....Sedangkan pelacur pun dapat masuk manusia sayang..tak mungkin penzina akan kembali ke pangkal jalan sekiranya kita mendoakan mereka..

Pertamanya, mengapa yer masyarakat memandang serong terhadap ANAK HARAM ini? dan yang lebih memalukan lagi yang memandang serong dan hina terhadap ANAK HARAM ini adalah saya, MELAYU yang BERAGAMA ISLAM. Memalukan bukan? Tolong sayang, tolong lah berikan saya petikan dan potongan hadis mahupun ayat al-quran yang ada memanggil anak yang dilahirkan oleh penzina ini adalah anak haram. Sayang, yang meletakkan nama sesedap ini kepada anak si penzina ini juga adalah saya, ye..seorang MELAYU dan seorang yang beragama ISLAM. 

Sebenarnya, di dalam ISLAM yer sayang-sayang, tiada istilah anak haram akan tetapi dipanggil anak luar nikah. Yang beragama ISLAM sepatutnya lebih jelas mengenai maksud anak luar nikah inikan? mari sayang, saya jelaskan...anak yang lahir luar nikah ini adalah anak yang lahir hasil daripada hubungan ibu bapa tanpa ikatan yang sah dari syariat islam. Indah bukan ISLAM? Ada ke di sebut anak haram? saya tahu..pasti kamu  berkat " eyh, serupa la tu" ...jangan menukarkan ISLAM yang indah kepada pemikiran kolot, oppss pemikiran kurang baik seperti anda...

Sayang, 
anak yang lahir itu sebenarnya sempurna dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa.  Hinggakan, bau syurga seperti yang ada pada bayi yang sah tarafnya juga ada pada mereka. Jadi siapa kita untuk memandang serong kepada bayi ini walhal bau syurga itu sudah cukup untuk membuktikan yang bersalah adalah ibu bapa mereka bukannya mereka namun kita masih lagi menunding jari sekeras-kerasnya kepada anak-anak ini bukan pada ibu bapa mereka yang entah siapa-siapa...  izinkan saya memanggil mereka sebagai AMANAH ALLAH.

Sayang, 
Disegenap, dipelusuk dan serata tempat, terutama di kawasan yang banyak adatnya, yang banyak pantang larangnya, sering kali kita hina, kita cerca, kita maki, kita panggil anak-anak ini dengan nama yang sangat merdu untuk di ungkapkan iaitu ANAK HARAM. Bahkan bukan itu sahaja, kita mengaja anak-anak kita untuk membuli, menghina juga amanah Allah ini. Pernah kita fikir perasaan mereka sewaktu amanah Allah ini datang ke sekolah untuk belajar, untuk berjihad kepada Allah, namun, anak-anak kita telah membuli, menghina dan sebagainya kepada amanah Allah ini. Tidak segan saya katakan, Ibu bapa anak-anak yang mencerca Amanah Allah ini lebih hina daripada penzina ini. Maafkan saya..tapi sejujurnya anda pasti tahu mengapa saya berkata begitu.

Sayang-sayang sekalian,
Tahukan kamu semua bahawa ANAK HARAM yang saya panggil ini adalah Amanah Allah kepada kita sebagai umat islam. Ye! mereka tiada ibu mahupun bapa, oleh itu, kita yang bertanggungjawab untuk mengasuh, memberi pendidikan agama kepada mereka. Kita diwajibkan untuk berbuat baik sesama manusia, tunjukkan pada saya hadis mahupun potongan ayat Al-Quran yang menyatakan hanya beberapa golongan sahaja yang wajib kita berbuat baik..tunjukkan kepada saya sekiranya saya silap.
Amanah Allah ini, sekiranya kita layan mereka sama seperti makhluk yang lain, mereka akan menjadi seorang insan yang lebih berjaya daripada anak-anak kita sayang. Saya hairan, mengapa amanah Allah ini yang di persalahkan dan dipersiakan walhal yang buat jahatnya adalah ibubapanya?  mengapa mereka yang dapat gelaran semerdu itu sedangkan yang mewujudkan mereka adalah ibubapa mereka? tidakkah kamu sedar hukuman kamu itu tidak berasas? sekiranya yahudi itu kejam, rasanya saya lagi kejam bukan? menghina yang tak bersalah. Ya! anak ini akan jadik anak borek, bapak rintik. kalau dah keturunan penzina, 7 keturunan lah penzina. Memanglah 7 keturunannya penzina dah kalau setiap hari dikutuk, di hina, di cerca. Setiap kebaikan tidak dipandang jadi adakah mereka akan memikirkan kebaikkan selepas itu??? tidak hairanlah mengapa mereka kebanyakkan menjadi bohsia, bohjan dan selainnya, kemudia kita semua bising, masalah sosial berleluasa sedangkan kita tidak selidik dimana masalah itu berpunca. Ya sayang! itu berpunca daripada saya. Yang sentiasa menyalahkan yang tidak berdosa dan saya juga salahnya kerana tidak menjaga Amanah Allah ini sebaik-baiknya.

tahukah kamu sayang bahawa Amanah Allah ini layak untuk menjadi Imam dimasjid? yang Amanah Allah ini tidak layak jadi adalah wali kepada adik beradiknya, bukan di haramkan untuk berjaya, untuk menjadi orang yang disegani. Mereka ini Amanah Allah. Ya Allah, berapa banyak dosa yang kita telah lakukan tanpa kita sedar?? tahukan kamu akan itu? kita telah menafikan hak mereka untuk hidup berjaya seperti kita di atas dunia ini dan yang lebih teruk sayang, kita telah memutuskan secara tidak langsung persaudaraan sesama islam kita ini. Ingat, mereka ini islam. dan sayang, mereka ini adalah AMANAH ALLAH.


sayang,
sudahlah tu memanggil mereka ANAK HARAM. mereka tidak haram. Siapa kita untuk mengharamkan yang tidak haram sayang? anak ini amanah Allah, kita sebagai masyarakat yang harus menjaga dan mendidik mereka. bukan meminggirkan mereka. Sayu, sedih saya melihat masyarakat kita menggelarkan mereka anak haram sedangkan mereka bukan haram cuma mereka dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Bukan mereka yang mahu dilahirkan diatas dunia hasil persetubuhan haram. Sekiranya mereka mampu meminta, mereka pun tidak mahu di lahirkan sebegitu. Yang hina adalah ibubapa mereka sayang. bukan mereka. sekiranya mereka hina makan kita juga hina. Proses kejadian mereka sama. Hasil daripada sperma yang memasuki daripada tempat yang hina dan berjumpa dengan ovum maka terjadilah segumpal daging. itu juga kita lalui sayang. Cukuplah hina mereka. Hinaan inilah yang membuatkan mereka menjadi seperti ibubapa mereka, hinaan ini jugalah membuatkan mereka dibuang ke tempat yang hina.....

Kita sedih,kite menangis bila lihat bayi ini dibuang tapi apabila mereka bernyawa, adakah kita menjaga mereka? kita memberikan kebahagian kepada mereka? Jangan menjadi talam, menangis saat mati, menghina saat hidup. Sekiranya diberi kesempatan, mahu aku melihat mereka berjaya setanding dengan manusia lain...In Sha Allah...