Saturday 30 June 2012

Alhamdullilah!

Hye..
kali ni entry aku nak cite pasal kejayaan aku. Alhamdulillah. Sem ni pointer aku naik dengan mendadaknyer. Walaupun tak dapat anugerah dekan. Just anugerah makcik cleaner, tapi pointer aku atlast 3pointer above. Actually aku kurang usaha lagi. Mana taknya, orang suruh pergi kelas pagi, aku pegi ponteng. Kalau aku pegi pon aku sain attendence then pergi surau tido. HAhahahahaha! Bab memonteng tayah cakap la...memang muka aku ni da kena cap kaki ponteng sampai dapat surat cinta la dari utem. Pemalaskan aku? Dan diseababkan kurangnya pergi ke kelas dan kaki tido yang melampau, so aku tak dapat larh dekan. Hanya anugerah makcik cleaner yang berjaya aku sapu. Okay what! dari tade anugerah. Hekhekhekhek!  

Actually, Pointer aku ni naik bersebab and berkat doa mama abah yang tak putus-putus untuk aku. Actually kan, aku sebenarnya dah giveup yer mase last sem. Ye ar, result aku tu macam sampah kowt last sem, makcik cleaner pown tak nak bagi aku award kowt. Buruk sangat. Terkejut gak aku. Then bila orang tanya aku malu sangat nak jawab tapi aku jawab jugak and sampai banyak larh suara-suara sumbang dekat luar sana yang buat aku givup. Mana taknya aku givup+marah, diorang boleyh cakap camni 


" kalau aku jadi kau, aku berenti je doa, pastu keje. Kalau first sem pointer kau da teruk camni, memang susah la kau nak naik. Silap-silap next sem kau kena tendang" 
(maaf ler andai ada yang terasa. terasa aku lagi banyak kowttttt)


Masa diorang-diorang cakap macam tu, Allah je larh tahu perasaan aku. Tapi aku fight balik, aku cakap 

"takpe larh, next sem kan ada, next sem leyh score. Naik larh pelan-pelan. Bukan takleyh naik langsung. kena usaha keras balik larh"

Actually masa aku cakap camtu, aku sediyh gak sebab tak sangka, belajar tinggi, tapi mainded kosong. Supposed bagi semangatkan kat kawan-kawan tapi pergi menjatuh kan kawan. Hahahahaha. tu larh orang cakap. Belajar tinggi and mainded same bodoh dengan education yang kita ada tu. 

Disebabkan aku frust giler. Aku belajar main-main. Sampai larh satu masa yang dah terlewat aku sedar and aku positifkan diri aku balik. Berkat usaha aku dan Nadiatul shima iaitu roomate kesayangan aku (lain kos kowttt)  yang tak putus-putus berhempas pulas bersama-sama serta Asma yang hebat giler kepala otak dia tak jemu-jemu aja aku yang tak paham-paham ni, akhirnya aku berjaya provekan yang pointer sem satu kalau teruk pown, tak semestinya next sem kena tendang. Semua atas rezeki and usaha masing-masing kawan. Selagi kita yakin, selagi tu kita berjaya. Orang nak berjaya mesti turun bawah larh kawan. 

Selain tu, perkenalan aku dengan mohd farid pown salah satu sebab aku dapat pointer macam ni. Mamat ni eyh, ari-ari simbah minyak kat badan aku ni. Aku selalu merungut kos aku susah, kos dia senang. KOs orang lain senang. and ayat dia selalu cakap...

"Jom kita tukar kos, tengok senang ke susah"

okay! betul larh apa dia cakap tu.Aku tak masuk kos dia. Aku cakap larh senang. Aku tak masuk kos orang lain. Aku boleyh la cakap selumber badak cakap senang. Sama larh macam orang lain. Diorang tak masuk kos aku so diorang pown leyh cakap macam tu. Actually benda ni kalau kita berusaha, kita akan dapat apa yang kita nak. hahahahaha! Si sepet ni ajar aku kaw-kaw punya. simbah minyak, sental klorox and atlast aku sedar and aku dapat pointer macam ni. even die dapat dean and aku makcik cleaner award, tapi kalau bukan kau bakor aku ari-ari, mesti aku tak study kaw-kaw.

mama (Hasanah Mohamed), Syasya Shafie Nur Elina Aini Myra Isma Winter Orange Is Marican i need u all rit now. Im giving up for this heat transfer. All chapter look same. T.T
 · 


tengok larh.....bila aku givup jer..aku mengeluh kat dia dis wat he always say...

Owh yea..........kawan-kawan kelas memang aku takkan lupa ar! memang sepakat membawa berkat larh. Hint even ada yang tak nak bagitahu, tapi yang bagitahu tu memang terbaik larh. Kongsi sama-sama and tak makan sorang-sorang. even BMFU ni anak tiri. Tapi dis sem kiteorang dah tunjuk yang actually BMFU bukan larh teruk mana pown, just kami ni tertido lebih and skunk dah wakeup..weee~

Papapun, Alhamdulillah lagi sekali sebab ni sema rezeki daripada Allah. Tahun ni memang tahun terbaik larh. Semua yang baik berlaku. ni ujian untuk aku. So kepada yang bersuara sumbang diluar sana, please change ur mind. Rezeki Allah tu kat mana-mana, kalau kawan tu kesusahan, bukan menjatuhkan, tapi bantulah dia. tau! 

^_^