Saturday 31 December 2011

selamat tinggal 2011..selamat datang 2012 ^_^



Tahun yang memberi aku seribu satu kenangan serta seribu satu kekuatan.Terima kasih! ^_^
Tahun yang banyak mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan kuat.
Tahun yang mengajar aku erti persahabatan dan kekeluargaan.
Terima kasih Jas, Elina, Amoy, wan, Echa, maziyah, dan naz sebab sentiasa ada untuk tolong pimpin aku untuk bangun dan berdiri dengan betul seperti sekarang. Tak pernah berhenti dan putus asa untuk buat aku tersenyum. Terima kasih! persahabatan yang aku tidak pernah bayangkan. Aku sayang korang!
terima kasih kepada mama dan abah yang tak berhenti-henti berdoa untuk aku jadi macam sekarang. Jadi seorang yang kuat daripada dulu dan mampu tersenyum untuk kali kedua. Love you mom and dad!
dan tak lupa...
terima kasih kepada DIA yang buat aku macam ini sebab kalau bukan kau, aku tak akan paham apa itu erti persahabatan dan kekeluargaan. terima kasih!
buat kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku sepanjang tahun 2011 yang sentiasa buat aku tersenyum di waktu aku sedih, TERIMA KASIH!

Allah akan turunkan hujan dan pelangi akan menyusul selepas itu

selamat tinggal 2011..sejuta kenangan manis akan aku ingat dan yang pahit aku akan buatkan sempadan..
semoga tahun 2012 akan buat aku tersenyum lebih daripada sekarang...dan lebih kuat daripada sekarang..
^_^