Sunday 12 May 2013

road Madinah to Mekah


Asalammualaikum..

Hari ni aku terpanggil untuk bercerita beberapa pengalaman aku dekat Tanah Suci Allah. Bagi aku, Allah bagi aku pengalaman untuk berkongsi. Ilmu yang di kongsi In Sha Allah pahala ganjarannye. In sha Allah..

Pengalaman Pertama ( Madinah)

Masa tu nak melawat Raudhah. Tu first time aku pergi. Memang kosong. Tapi Alhamdulillah, mama ada. semua yang aku takut berkurang. Suddenly, Allah kurniakan aku satu tanggungjawab. Menolak seorang makcik yang bergelar ibu. Ya Allah, hati aku merungut masa tu. Cakap mcm-mcm. dan itu first time aku tolak orang pakai kerusi roda. Subahanallah! sampai la aku terpisah dengan mama and nenek aku dalam masjid nabawi. Masa tu, memang aku rasa nak menangis. Aku beristighfar je tapi aku terus kan perjalanan jugak sampai dekat satu tempat, kami berhenti untuk solat sunat. Aku tersedar. Aku dah buat dosa rupanya. Allah tutup pandangan aku sebab dosa aku. Merungut padahal tu adalah amanah Allah. Sekiranya yang duduk dekat situ mama aku, adakah aku akan merungut jugak? aku terus solat taubat. solat hajat. Aku berdoa supaya aku jumpa mama aku balik sebelum aku masuk ke Raudhah. Alhamdulillah..Janji Allah itu pasti. aku jumpa mama balik. Mama tanya aku pergi mana, mama berenti depan pintu tu je nak amek air sembahyang dekat air zam zam tu. Kalau korang nak tau, masuk je pintu masjid nabawi..jalan sikit ada air zamzam. Sepatutnya tak leh amek air sembahyang tapi mama curi-curi. Selagi tak mengotorkan masjid, ambil je di mana-mana. Sebenarnya, masa aku nak gerak ke tempat aku solat sunat, aku dah pandang setiap pelusuk kawasan kat situ, actually mama ngan atok duduk betul-betul depan aku. Tak jauh dari aku tapi kuasa Allah, pandangan kami di kaburkan. Subhanallah!

Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Raudhah. Aku insaf. Walaupun aku tolak makcik tu tapi aku tetap dahulukan mama dalam apa hal sekalipon sebab seblum aku pergi, ade sape ntah pesan kat aku, lebihkan ibu kita, In sha Allah, Allah permudahkan segalanya.  Dan sekali lagi! Janji Allah itu pasti dan tiada keraguan, aku dapat solat betul2 dekat bawah mimbar rasulullah dengan kawasan yang luas. Subahanallah! Kalau kawan-kawan nak tau, laluan utk ke Raudhah terbahagi kpd 2. untuk org sihat fizikal dan berkerusi roda. Syukur ada makcik tu, kalau tak aku memang dah terpisah dengan mama sebab aku sihat tubuh badan. Nampak tak, peraturan Allah tu sempurna. Subhanallah! Lagi satu, mimbar rasulullah tu xbesar tau, kecik dan sempit. sekali dia bagi masuk memang ramai. Pikir sendiri la, dengan kerusi roda jadi makin sempitkan tempat tu? tapi Janji Allah tu pasti, aku dahulukan mama, aku dahulukan makcik tu. aku letak makcik tu betul2 saf depan. aku pastikan mama dapat solat dulu baru aku solat. Alhamdulillah. Kuasa Allah s.w.t..aku dpt solat btl2 blkang kerusi roda, tempat yg sempit tu tiba-tiba besar, penjaga yang garang tiba-tiba bagi aku peluang sehingga aku memberi salam. Subahanallah! Alhamdulillah...

Pengalaman kedua (Madinah)

disebabkan rasa rindu terhadap Rasulullah S.A.W, sekali lagi kami pergi ke Raudhah. Tapi kali ni atok tak ikut. Kesian atok, atok dah tak larat jadi atok balik dengan abah. Kami pergi sekali lagi selepas isya'. Kami dikumpulkan ke satu tempat mengikut negara. Malaysia adalah negara paling terakhir yang di benarkan masuk sebabnya, Klau dia bagi kita masuk sekali dengan orang arab tu, memang penyek la kita. kita tinggi ketiak dia je. besar kita separuh badan diorang. Lama sangat tunggu tapi atas kesabaran dan niat yang satu, kami cekalkan jugak hati. Alhamdulillah! dapat jugak masuk. Ya Allah, rupanyer begini tempat untuk orang yang sihat. Ada diantar mereka begitu taksub tu sebab sesi tolak menolak terjadi. Aku dan mama terus berhimpit2 mencarik karpet hijau, tanda kita sudah sampai ke raudhah adalah apabila karpet hijau, di situ lah Raudhah.  Sampai je kat karpet hijau aku terus suruh mama solat dulu. Sekali lagi, aku pastikan dulu mama dapat solat, baru aku solat. Sekali lagi. Janji Allah tu pasti! tempat yang asalnyer tadi sempit sehingga ruang untuk sujud pown tade, tibe-tibe jadi besar kawan-kawan! orang lalu lalang kat depan aku and mama aku tapi diowg tak pijak langsung tempat sujud kami! Subahanallah! dan Alhamdulillah, aku and mama dapat solat sunat 4 rakaat. Bermaksud 2 solat sunat. Alhamdulillah! Dan apabila aku nampak ada makcik tua ni berhimpit untuk solat, terus aku tarik makcik tu supaya solat di tempat aku itu. Aku dan mama balik. Alhamdulillah! makcik tu pown dpt solat sunat dan satu ketenangan aku peroleh malam tu. Aku dapat saksikan kuasa Allah. Allah itu Maha berkuasa!

Pengalaman Ketiga ( Mekah)

pengalaman ni masa wat tawaf wada' iaitu tawaf selamat tinggal. Ustaz sarankan buat 6+1..maka kami pown buat macam ustaz suruh. Asalnye kami 4 beranak tapi tiba-tiba burung berak dekat abang so dia terpaksa amek air sembahyang dan suruh kami sempurnakan tawaf dahulu. Sepanjang tawaf, kami 3beradik sentiasa menjaga keselesaan mama. Kami kepung mama dan tak bagi siapa pown tolak. Utk bahagian aku, sekiranya ada yang merempuh, aku cubit2 orang tu..aku nak tolak, aku tak daya, so tiba-tiba tekuar idea untuk cubit dan siku-siku  pak pak arab n mak mak arab ni. dan Alhamdullilah, menjadi! hehehehe!  Selesai 6 tawaf, dan atas kuasa Allah, tiba-tiba kawasan tawaf orang bekurangan. Mama terus bawak kiteorang kat makam nabi ibrahim. ya Allah! sekali lagi kuasa Allah, masa kami datang untuk melihat, tiba-tiba orang tak ramai, bila kami tinggalkan makam tu, tiba-tiba ramai orang. Allah dah permudahkan ibadah kami! Alhamdulillah..
Lepas tu, kami pergi ke hijir ismail. Masa aku nak ke sana, aku sentiasa pesan dekat adik aku, apa pown jadi, lindung mama dulu. Dahulukan mama dulu. Jangan bagi mama kena tolak dan Alhamdulillah, berkat usaha kamii 3 beradik, mama dpt beribadah dgn selesa dan senang. Bagi aku, doa mama tu mustajab, jadi sekiranya tak de keizinan untuk aku solat di situ, semoga dengan berkat doa seorang ibu, aku mampu menjadi berjaya dunia dan akhirat. Amin. Hijir tu kecik kawan-kawan. Tapi sekali lagi, kuasa Allah, tiba-tiba ada satu tempat je untuk solat dan terus aku suruh mama solat dekat situ. kami 3 beradik menjaga mama semasa beribadah. Ada orang nak pijak tempat sujud mama, aku mara..kami kepong tempat solat mama tu dan Alhamdulillah. Mama dapat solat di situ dan niat mama utk solat di situ terlaksana. Alhamdulillah. Sampai giliran kami, kami gilir dan sepanjang kami solat di situ adik beradik, tempat sujud kami besar sebesarnya. Subahanallah! Seperti aku cakap tadi, Kalau kita permudahkan ibubapa kita dan letak 1st priority utk mereka, In sha Allah..semua akan dipermudahkan..tempat yang kami solat tu, sekali lagi aku tarik de makcik tua keturunan arab supaya dia solat di situ dan lhamdulillah, dia dpt sempurnakan solatnyer juga...

so tu tiga pengalaman terbesar yang sampai sekarang aku ingat dan memang aku nak kongsikan. Mungkin Allah bagi aku peluang ni supaya aku pesan kat kau, kau dan kau supaya lebihkan ibu bapa kita. Ingat yer, Redha Allah terletak pada redhanyer ibu bapa kita pada diri kita. tak guna solat banyak-banyak, sedekah banyak-banyak tapi tade redha ibubapa sebab secara tak langsung kita takkan dapat redha Allah. ingat tentang cerita pada zaman Rasullulah S.A W yang mana ade seorang anak yang sgt baik, suka bersedekah, kuat solatnya, kuat puasanya, meninggalkan kemungkaran namun dia susah nak meninggal. Sebab apa? sebab dia lebihkan isteri daripada Ibu dia sendiri sampai ibu dia kecik hati. dan di sebabkan itu, azab yang die dpt sgt pedih. selagi ibu die tak redha, selagi tu dia takkan meninggal dan segala amalan dia sia-sia sampai Rasulullah nak bakar dia. Tapi atas belas dan sayangnyer ibu, seorang ibu tu, walau macam mana pown merajuk dia, sayang dekat anak tak pernah kurang tau! Peraturan Allah itu sempurna, percaya pada peraturannyer, selamatlah kita dunia dan akhirat. Itu yang aku belajar dan aku pratikakn sampai bila-bila... 

So..bagi yang akan ke tanah suci bersama ibubapa dia...senangkan ibubapa kowunk, niat dari sini lagi..In Sha Allah, semua tempat-tempat tu kita akan dapat pergi dan kongsikan kelebihannya.
Sempena hari ibu ni...Selamat hari ibu mama! kami sayang mama! semua ni kami takkan lupa!




















Thanks mama abah cause you brought we here! ^_^




No comments:

Post a Comment