Thursday 24 January 2013

RESULT??

Alhamdulillah..
itu yang pertama keluar daripada mulut aku..Bersyukur tak terhingga atas kurnia-NYA. tahun ini sahaja aku dah dapat 2 kegembiraan..dan ini kegembiraan paling besar untuk aku..3 sem aku tunggu untuk beat result kazen aku and atlast! sem ni tercapai jugak..mungkin kerana cabaran daripada mama yang selalu mahukan anak-anaknyer berjaya di dunia dan akhirat and ni untuk mama and abah! Ini baru permulaan..ada 3sem lagi and aku promise untuk beat result kazen belah mama aku lagi. yang aku beat baru gpa..aku akan pastikan cgpa die aku beat skali! In Sha Allah! Usaha tangga kejayaan! see! tak semestinyer kita tersungkur masa mula sem kita takkan bangun untuk sem akan datang and ini juga untuk semua yang selalu pandang aku sebelah mata! Lain kali jangan cabar aku...tiap bait kata-kata kau aku ingat tau dan aku anggap die sebagai cabaran..^_^

Apa-apa pon, aku nak say thanks kepada DUA HOUSMATE AKU, semestinya ASMAA' and SHIMA...sebab diorang tunggak kejayaan aku selama ber sem-sem ni! Asmaa'..kalau dia takde dekat sape lagi yang nak layan soalan pelik-pelik aku yang kadang-kadang tak masuk akal and kadang-kadang wt die fedup..kikikikiki! aku takkan lupa masa paper control system, aku sanggup tunggu sebelah dia yang tengah tido tuk tanya satu soklan...asma tengah ngantok pown dia layankan je..thanks asma'! tuk shima pulak, thanks sebab banyak bagi nota and yang paling berjasa..buku control kau yang naik lunyai aku gunakan sepanjang satu sem...walaupun aku tau ko sediyh tengok keadaan buku kau yang dah uzur bila aku pulang ke tangan ko..maaffff...! hewhewhewhew! hah! rakan-rakan study group..WANI, ZAHID, IJA, KUDIP, AMAL, NAPI, ACAP, ELSA, FATIYAH, NABILA yang supply nota, bersengkang mata sampai pagi tuk  study same-same..weee~ untuk FUAD dan IS jugak...thanks yep..sebab mealyankan soklan aku yang bodoh-bodoh tu..kikikikiki..TUK MY DEARIE, ZAKI, thanks tau sebab hari-hari dengar cik enab ni nangis sebab balik-balik exam je cik enab ni mesti menangis..takkan lupe time paper control, thanks sebab temankan cik enab ni menangis puas-puas sebab sediyh sangat tak leyh buat..and to all my classmate of cos, tak pernah kudukut nak kongsi hint..^_^

owh yea! usaha aku ni tanpa bodek-bodek lecturer kay. kan da jadi trend sekarang bodek lecturer untuk dapatkan markah tinggi kan? so ni bukan trend aku..bagi aku, kalau kita usaha, tayah bodek pown Allah akan bagi kejayaan tu..kalau tak bagi sekarang mungkin kat tempat lain kejayaan kita..yang penting tak perlu untuk membodek. Barulah berkualiti. ^_^

Alhamdulillah! ini dugaan. Setiap yang diberi itu semua dugaan..samada dalam bentuk gembira ataupun musibah...so naik sem nanti aku buatkan tuk semua budak kelas karipap yang macammane yang aku janji dan nazar tu and tuk my lecturer jugak. and to Dr. Punesh, thanks a lot... ^_^ to asma' sazali...saya dah tunaikan janji saya...jangan lupa Teddy cekelat yang mate sepet tu tau ^_^....betul lah cakap kau,kiteorang boleh, cuma tak yakin pada diri and malas..kikikikiki

"MAMA ABAH ABANG IJOL, INI SEMUA UNTUK KAMU..KAKAK TAKKAN
MENGHAMPAKAN KAMU..INI JANJI KAKAK
MASA MULA-MULA MASUK UTEM!"


Saturday 19 January 2013

Kenapa Aku Kurus?

Asalammualaikum!
wahhh...dapat jugak aku update blog setelah beminggu aku bertempur dengan final exam! sangat meletihkan! seriyesly! berat aku turun dengan mendadak. Thanks to final exam. Okay,,nowdays orang sibuk cakap pasal LISTEN LISTEN, UiTM Lendu but now aku nak cakap pasal kesihatan...pasal KURUS. Laaa...dah kenapa buat muka pelik..yer, aku nak cakap pasal kurus. *mentang-mentang diri aku ni kurus...kikikikiki
Selalu kalau aku meet someone mesti diorang akan cakap camni...

  "kau makan banyak, tapi kau kuruskan?" 
"kau bela saka eyh? makan banyak tapi tak gemok-gemok?"
 "memang keturunan kau makan banyak tapi tak gemok-gemok eyh?"

dannnnn banyak lagi.....penat lah dengar orang cakap camtu. So now aku nak dedahkan tTHE BIGGEST SECRET kenapa untuk masa sekarang badan aku mantain kurus even aku sumbat belori-lori makanan..yer yer..untuk masa sekarang yer..masa hadapan aku tak sure la..ye larrr..time tu kalau da de anak..mesti la body shape lari sket kan..eden bukan artis..mungkin time tu engineer yang berjaya..aicehhh! *dah berangannn....



Badan aku tak gemok tak kurus..mungkin sebesar tiang? atau lebih sedap bahsenyer lidi penyapu mak mak kat kampung tu..sobsobsob T_T kikikiki! Berat aku 46KG, tinggi aku 151cm..yer..aku ketot,,so what? ketot-ketot ni ade banyak advantages kay..antaranyer..aku boleh menyelit, kawan-kawan aku semua tertinggal kat blakang..kau ader???? stop talking nonsense here..okay..badan aku pon macam kamu kamu di luar jugak..kadang-kadang naik kadang-kadang turun cuma tak berapa nampak..tapi kalau di perhatikan betul-betul..actually aku da berisi sket..cik Abam selalu pesan, 

"jaga makan tu ain, nanti gemok dah tak cantik.."

depan aku kata yer..belakang, selagi makanan depan mata tak habis selagi tu aku akan makan..memang tabiat buruk aku adalah selagi kau sua makanan depan aku, selagi tu aku akan makan, maknenyer..untuk bagi aku jadi anaconda, tolong jangan letak makanan depan aku..see! macam bela saka kan? ahahahahaha! actually kawan-kawan..rahsia aku tak susah..aku tak penah diet, dulu pernah terpikir nak diet tapi life still young beb, esok da tua..dah tade gigi, dah sakit itu ini, baru kau mengade nak makan macam-macam kan? masa sihat muda gatal sekat situ sini nak makan ape kan? tu makan die skerang yer kawan-kawan..weee~~

Pernah dengar tak pasal matabolisma tinggi? aku adalah salah seorang makhluk ciptaannyer yang mempunyai metabolisma yang tinggi..Alhamdulillah!...sebab tu lah aku makan berlori-lori pown, Alhamdulillah badan aku still macam ni..kawan-kawan yer, Metabolisma adalah proses dimana badan kita membakar kalori. Maksudnyer yer kawan-kawan, kalau metabolisma kita lambat bertindak maka dengan raminya kalori yang dibakar pon sikit dan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit..... Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika kita tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah....

kawan-kawan yer..setahu aku ada 3 perkara semulajadi yang mempengaruhi metabolisme badan kita kay,..
  1. Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.
  2. Genetik: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.
  3. Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan memambahkan berat badan walaupun mengambil makanana yang sama (sewaktu muda).




 rileks duluuuuuuu..,jangan terjun banggunan lagi...rileks dulu...heheheheeh! ada banyak cara untuk tingkatkan metabolisma badan kita kay..actually sikit je..tapi bia sikit dari banyak tak terbuat..am i right kawan-kawan?..okay..aku kongsi tips nie..kowunk kena ikut, lepas ni tayah la makan sekali sehari la, nak makan roti je..nasik tanak makan sampai mati la and blablabla...macamni yer kawan-kawan..kite clasifite kan kepada 5 benda...


  1. Latihan/Senaman:  Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot. so kawan-kawan, ko tayah nak pegi gim sangat larh, esok pagi..bangun pe\agi je ubah-ubah kerusi ke meja kat umah kowunk..xpown angkatkan sayur-sayur ikan-ikan yang mak kowunk beli tu..eicehh..cam aku buat plak..ahahahahah!
  1. Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa".  woi woi..siap highlight lagi kau! Sape yang cakap kat aku kena diet tayah makan tu..kau bukak mata besar-besar and baca..and pahamkan..aku malas dan nak cakap..kalau rasa nak mati cepat ke nak badan kurus cam tengkorak kat kaki lima..tayah makan..aku sarankan la eyh, daripada kowunk skip meal kowunk, baik kowunk tayah makan terus..bukan apa..cepat sket effect tu dtg..kan?
  1. Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama sehari!
    Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
     Ini tayah cakap la..aku harap lepas ni banyakkan lah minum air, bukan untuk kurus je beb, tapi air ni bagi oksigen untuk otak..tak caye kan..esok..semingg kowunk jangan minum air tau..kite tengok ape hasil die..oraite?
  1. Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolsima. Jangan lah pulak pergi taruk cili sepaket dalam masakan, itu nak bunuh diri..elok nak tingkatkan metobolisme, kena cirit-birit plak..so berpada-pada lah..yang baget-baget i tak tahan pedas tu, ni aku nak bagitahu, mat salleh duk UK pown carik sambal belacan, sambal udang, masak lemak cili padi tau kat Malysia..so renung-renungkannnnnn...
  1. Supplement: Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan menginkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dan lain -lain. ni bukan aku...kowunk try la..sebab bagi aku, every single medicine yang kite amek adalah dadah..dadah akan bagi side effect kat badan kite..sebaik mana pown dadah tu, akan ade besar taik idung jugak effect die..orang Yahudi tak makan dadah tau..setitik dadah pon diorang tak guna tapi die gantikan herba ASLI untuk sihatkan tubuh badan..



so enough tuk aku membebel-bebel...have a nice try kay! Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang dari aku...kalau kurus sangat pown tak bagus..bia badan berisi janji sihat..jangan sebab nak kurus badan terseksa..ingat..setiap tubuh badan yang kita sakiti esok kita kena jawab tau..gudluck!



Peace yo! bye!