Thursday 30 May 2013

Maaf

Maaf sekiranya aku dah membebankan kau. Aku tak pasti dan aku tak tahu pertolongan yang aku mintak mungkin satu bebanan untuk kau. Sepatutnya aku berdikari. Sebab bila aku berdikari orang takkan jatuhkan dan pijak aku senang-senang. Sebab tu abah tak bagi aku banyak mintak tolong pada orang banyak kali sebab pertolongan boleh tukar kepada bebanan. Dan maaf jugak sekiranya bicara aku terlanjur sampai kau  rasa aku bukan yang terbaik. Aku mungkin tak sama macam perempuan-perempuan yang kau nak. Tak sama macam perempuan yang kau pernah suka atau admire.  Aku tahu, aku paham perempuan-perempuan tu jauh beribu batu lebih lembut, lebih menjaga hati, lebih sedap mata memandang, lebih lembut kata-katanya..dalam kata lain, kalau kau jalan sebelah, tak malu lah kau tapi bukan aku. Aku dah cuba menjadi yang terbaik tapi aku gagal. Aku mintak maaf. Mungkin lakonan untuk menjadi seorang yang kau suke tu patut aku hentikan atau makin lama makin aku tak paham apa tu erti kesempurnaan yang cuba aku carik. Maafkan aku. Aku dah cuba dan sekarang aku dah sedar, aku tak boleh jadi apa yang kau nak. Aku bukan macam mereka. Kekasaran aku itulah aku dan kau takkan terima sampai bila-bila. Maaf. Mungkin bezanya aku dan engkau, aku terlalu menerima siapa kau dan terlalu mahu menjadi apa yang kau mahukan dan sekarang, aku akan cuba hentikan mana yang kita dah mulakan. Bila aku tak menangis, bukan aku tak sedih tapi aku kecewa dengan diri aku, tak mampu menjadi yang terbaik lagi . masih belum jadi yang terbaik sampai tak mampu dah nank menangis.^_^
  

No comments:

Post a Comment