Friday 20 July 2012

Derma Organ

Hye..
Hari ini aku nak berkongsi sikit pasal derma organ. Korang mesti layan cerita dejavu di kinabalu rite? cerita tu terang-terang menerangkan mengenai penderma organ. Actually aku dah lama dah dengar perihal derma organ ni sebelum cerita tu keluar lagi cuma tak dedahkan je macam mana prosedur dia, macam mana cara dia dan blablabla. Aku yakin, ada sesetengah individu yang tak nak atau tak bagi diri dia, family dia or kawan-kawan dia jadi ahli Pengikrar sebab mereka dengar cerita yang merapu-rapu tanpa di selidik dulu.
Memang lah nanti mayat kita akan dijahit macam guni, Alahh...sekarang pown kalau operate kat hospital kerajaan pown lebih teruk dari guni die jahit..tapi kenapa korunk tak nak persoalkan? esok dah mati jahitan tu korang nak tunjuk kat sape? cacing? kala jengking? semut kat dalam tanah tu nanti? hehehehe..
Tapi..tu hak mereka. Bagi aku, aku tak kisah itu semua. 

Just satu aku nak pesan, Derma organ mungkin tak semegah derma darah. Tapi janganlah memburukkan lagi cerita mengenai derma organ. Yang aku perasan, bila cerita je mengenai derma organ, satu ketakutan dan kekesalan tergambar di muka semua orang. Tiada apa yang perlu ditakutkan sebaliknya kita harus bersyukur dan merasa rendah diri kerana kita mampu menyelamatkan nyawa seorang hamba Allah suatu hari nanti dan ingat, pahala berterusan akan kita dapati. Daripada organ-organ korang tu kena makan dek cacing kat dalam tanah tu, baiklah korang sedekahkan organ-organ kowunk pada orang yang memerlukan yang mungkin ahli keluarga kita sendiri..kan? .... ^_^

Maaf yer mama and abah sebab selalu buat keputusan tanpa mintak persetujuan dulu. Actually kakak dah jadi ahli pengikrar pon, aritu kakak pergi IJN and terus daftar. Setelah banyak kali solat hajat, berdoa, mintak petunjuk and ini adalah jawapan yang paling indah dan tiada keraguan. Noktah. Walaupun mama and abah agak keberatan nak bagi kebenaran tapi percayalah, niat murni anak mama and abah ni satu hari nanti akan mama dan abah bangga. Daripada nanti bila kakak tade, organ-organ ni kena makan dengan cacing dalam tanah tu, baik kakak bagi orang yang memerlukan yang mungkin ada dikalangan ahli keluarga kita sendiri kan....

owhhhh yea..! ini adalah sedikit mengenai maklumat Pengikrar yang telah menarik minat aku...


Pengenalan
Pendermaan Organ merupakan satu amalan yang mulia. Ia bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di Negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah.

Sejak tahun 1999 kad Pengikrar Penderma Organ telah dilancarkan sebagai kad indikasi pendaftaran seseorang itu sebagai pengikrar penderma organ. Sehingga kini dianggarkan lebih 126 000 bilangan pendaftar pengikrar telah direkodkan di Pusat Sumber Transplan Nasional. Bilangan tersebut amat rendah untuk bilangan penduduk Negara yang dianggarkan seramai 27 juta orang.

Sehubungan itu, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ.

Definisi Pendermaan Organ/ Tisu:
Pendermaan organ/ tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. Selepas transplantasi (pemindahan) organ, seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik.

Organ & Tisu yang boleh didermakan di Malaysia
Organ:
•    Jantung
•    Paru-Paru
•    Hati, dan
•    Buah Pinggang

Tisu:
•    Injap Jantung
•    Mata (kornea)
•    Tulang, dan
•    Kulit

Penderma Hidup 

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja.
Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
•    Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related)
•    Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related)
Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja.
Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku.
Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.


Penderma Kadaverik 
Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi 2 jenis:
•    Kematian Otak
Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit.Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit. Penderma yang mati otak adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya.

Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindakbalas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin (ventilator) jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin. 
Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ.
Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia.
Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Jika bukan untuk pendermaan organ mesin akan diberhentikan di Unit Rawatan Rapi.

•    Kematian Jantung Berhenti Berdegup
Kematian ini adalah kematian normal dimana seseorang itu disahkan mati kerana jantung terhenti berdegup
o    Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan tisu sahaja seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.
Mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu.
Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah


Pengambilan & Transplantasi organ dan tisu

Definisi Transplantasi
Transplantasi bermaksud pemindahan atau penggantian organ atau tisu yang masih berfungsi dari seseorang kepada seseorang yang kegagalan fungsi organ atau tisu. Agar beliau dapat meneruskan kehidupan. Ianya merupakan satu kaedah rawatan yang terbukti paling baik dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ di peringkat akhir.


Setelah pengesahan kematian oleh pihak hospital, keluarga akan diberi peluang untuk memikirkan tentang pendermaan organ. Pada masa yang sama, ujian saringan darah akan dilakukan untuk memastikan organ-organ dan tisu-tisu bebas daripada penyakit berjangkit dan masih berfungsi untuk tujuan transplantasi. 
Pembedahan pengambilan organ dan tisu penderma akan dijalankan setelah seseorang mendapat kebenaran bertulis daripada waris.Hanya organ yang boleh diguna pakai akan diambil.
Proses pembedahan pengambilan atau perolehan organ boleh mengambil masa dari 2 hingga 8 jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Ianya dijalankan didewan bedah dalam keadaan suci hama . Pembedahan dilakukan dengan penuh prihatin dan hormat untuk mengelakkan sebarang kecacatan pada jenazah.
a) Transplantasi Organ
Pemindahan atau penggantian organ dilakukan dengan segera selepas pembedahan pengambilan organ dijalankan. Organ yang diperolehi melalui penderma mati otak perlu dilakukan segera untuk memastikan organ tersebut masih berfungsi baik dan tidak terjejas.
Oleh yang demikian, penderma (mati otak) akan diberi sokongan mesin (ventilator) sehingga ke dewan bedah dimana ianya akan diberhentikan sebelum organ diperolehi.
Selepas pengambilan, tempoh transplan adalah seperti berikut:
Jantung: 4 hingga 6 Jam
Paru-Paru: 4 hingga 6 jam
Hati: 8 hingga 12 Jam
Buah Pinggang : 24 jam
b) Transplantasi Tisu
Sebagaimana pentingnya pemindahan organ, pemindahan tisu juga dapat menjadikan kualiti hidup pesakit yang memerlukan ke tahap yang lebih baik. Tisu yang dimaksudkan adalah mata, kulit, tulang dan injap jantung.
Rawatan dari tisu yang didermakan
Mata (kornea)
Tisu ini digunakan untuk menggantikan seseorang yang mengalami kerosakan kornea sepenuhnya. Setelah transplantasi kornea, pesakit boleh kembali melihat. Kornea hanya boleh disimpan sehingga 2 minggu.
Injap Jantung
Transplantasi injap jantung dapat menggantikan injap jantung pesakit yang mengalami kerosakan atau kecacatan. Ia boleh disimpan sehingga 10 tahun.
Tulang
Pendermaan tulang adalah untuk membantu pesakit kes kanser tulang iaitu dengan menggantikan bahagian tulang yang mengalami kanser. Ia juga digunakan untuk menggantikan tulang yang cedera atau bermasalah. Selain itu, tulang juga digunakan dalam rawatan pergigian. Tulang disimpan di bank tulang dari 5 – 7 tahun.
Kulit
Kulit digunakan untuk menpercepatkan proses penyembuhan terutama pada pesakit yang terlibat dalam kes kebakaran. Kulit boleh disimpan dari 2 – 5 tahun.
Kadar daya hidup penerima organ selepas transplantasi
Transplantasi Hati
1 tahun : 80 - 85%
5 tahun : 70 - 75%
Transplantasi Jantung
1 tahun - 83%
5 tahun - 63%
Kembali bekerja - 83%
Transplantasi Buah Pinggang
1 tahun : 85 - 90%
5 tahun : >75%
10 tahun : 60%
Penerima boleh kembali bekerja, bersukan, berumah tangga dan mempunyai anak.


Akta tisu manusia 1974 
Akta yang membenarkan pengunaan bahagian tubuh anggota orang yang telah mati untuk tujuan perubatan, penyelidikan perubatan dan pendidikan. Perundingan dan kebenaran dari keluarga waris diperlukan sebelum ianya dilakukan.

Pandangan agama 
Secara umumnya semua Agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang mulia. Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan. Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan Hukum Harus pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli).

Kaedah rawatan transplantasi juga DIHARUSKAN sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.

Pengecualian bayaran bil hospital 
Selaras dengan seksyen 16(13) Perintah Fi (Perubatan) 1982, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran bil hospital bagi penderma organ di hospital kerajaan dari tarikh kemasukan hospital. Arahan ini berkuatkuasa pada 29 Disember 2003, seperti mana surat Kementerian Kewangan KK/BP(S)09/692/79 Jld.3.s.k.4/2003(4)

Bagi pendermaan organ dan tisu di hospital swasta pula, segala pembiayaan bil hospital dari mula pesakit itu dimasukkan sehingga disahkan meninggal dunia adalah tanggungjawab keluarga atau waris itu sendiri.


Siapa yang layak menjadi penderma? 
Sesiapa pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan tisu kecuali mereka yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV AIDS, Hepatitis B dan C, Siflis. Untuk mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, kebenaran bertulis dari ibubapa adalah diperlukan.


Semua pengikrar penderma organ dinasihatkan agar memberitahu ahli keluarga tentang hasrat mereka untuk mendermakan organ selepas mereka meninggal dunia. Ini akan memudahkan keluarga untuk memberikan kebenaran untuk pengambilan organ dan tisu selepas kematian mereka.


Bagaimana untuk menjadi pengikrar penderma organ? 
Mereka yang berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian boleh mengisi borang pendaftaran pengikar penderma organ yang boleh didapati di semua Hospital Kerajaan, Jabatan Kesihatan Daerah-Daerah, Pusat-Pusat Kesihatan Daerah, Pusat Sumber Transplan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Pusat Sumber Transplan Hospital Pulau Pinang, Pusat Sumber Transplan Hospital Sultanah Aminah, Johor, atau memuat turun borang di laman web Pusat Sumber Transplan Nasional.


Pusat sumber transplan nasional 
Jabatan yang dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah sokongan dan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyebarkan maklumat yang betul dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang pendermaan organ dan transplantasi.


Objektif utama penubuhannya adalah untuk mendapatkan lebih ramai pengikrar pendermaan organ untuk pendermaan kadaverik (selepas kematian) dan berperanan sebagai pusat pendaftaran pengikrar penderma organ dan tisu serta menyimpan pengkalan data tentang bakal penderma-penderma ini.


Pusat ini berkerjasama dengan organisasi bukan kerajaan, badan-badan agama, persatuan-persatuan pelajar, badan korporat dan agensi kerajaan serta pihak media didalam menyebarkan maklumat tentang pendermaan organ dan program transplantasi melalui ceramah, kaunter bergerak, kempen, forum, temubual dan sebagainya.


Untuk maklumat lanjut
Maklumat lanjut tentang pendermaan organ boleh melayari laman web Pusat Sumber Transplan Nasional di www.agiftoflife.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 atau email ke ntrc@moh.gov.my.






hehehehehe..ni larh serba sedikit yang aku boleh ceritakan. Tiba-tiba aku teringatkan arwah nenek aku yang ada sakit buah pinggang dan arwah kakak sedara aku yang ada sakit jantung. Mungkin kalau dari dulu pengikrar ni diwujudkan, lebih ramai nyawa yang dapat diselamatkan. InsyaAllah.






Friday 6 July 2012

Definitely


hehehehe..aku suke giler short story ni. Macam aku punye story life sikit. Ye ye perasan lebih. Tapi dats what actually happen. Starting from hye yang tak di layan di FB..tiba-tiba tergerak ati aku nak kenal dia ni. ahahahahaha! it seem like stupid but i love it ok. Owh yea..rasanya..adalah lebiyh baik klau terus macam tu sebabkan..every minute..every sec yang ade akan sentiasa kita hargai. Yela..kita tak de number phone dia, even alamat pown tade kan so mesti lah always waiting and rasa tak sabar tu membuak-buak. Ahahahahaha!
Tapi bila kita dah ada number phone dia, maybe kita akan take he/her as a granted. Seriously. This what actually happen. Ye la..bila kita da dapat number phone dia, kita akan rasa macam alahh..nanti boleh call...am i right? tapi kalau keep on macam short story ni..every minute tu berharga and akan sentiasa ditunggu-tunggu...i hope..dats my story will end up like the first that we're meet. Takkan berubah macam aku cerita yang bila kita dah dapat number phone tu or alamat dia. Hahahahahahaha..