Thursday 30 May 2013

Maaf

Maaf sekiranya aku dah membebankan kau. Aku tak pasti dan aku tak tahu pertolongan yang aku mintak mungkin satu bebanan untuk kau. Sepatutnya aku berdikari. Sebab bila aku berdikari orang takkan jatuhkan dan pijak aku senang-senang. Sebab tu abah tak bagi aku banyak mintak tolong pada orang banyak kali sebab pertolongan boleh tukar kepada bebanan. Dan maaf jugak sekiranya bicara aku terlanjur sampai kau  rasa aku bukan yang terbaik. Aku mungkin tak sama macam perempuan-perempuan yang kau nak. Tak sama macam perempuan yang kau pernah suka atau admire.  Aku tahu, aku paham perempuan-perempuan tu jauh beribu batu lebih lembut, lebih menjaga hati, lebih sedap mata memandang, lebih lembut kata-katanya..dalam kata lain, kalau kau jalan sebelah, tak malu lah kau tapi bukan aku. Aku dah cuba menjadi yang terbaik tapi aku gagal. Aku mintak maaf. Mungkin lakonan untuk menjadi seorang yang kau suke tu patut aku hentikan atau makin lama makin aku tak paham apa tu erti kesempurnaan yang cuba aku carik. Maafkan aku. Aku dah cuba dan sekarang aku dah sedar, aku tak boleh jadi apa yang kau nak. Aku bukan macam mereka. Kekasaran aku itulah aku dan kau takkan terima sampai bila-bila. Maaf. Mungkin bezanya aku dan engkau, aku terlalu menerima siapa kau dan terlalu mahu menjadi apa yang kau mahukan dan sekarang, aku akan cuba hentikan mana yang kita dah mulakan. Bila aku tak menangis, bukan aku tak sedih tapi aku kecewa dengan diri aku, tak mampu menjadi yang terbaik lagi . masih belum jadi yang terbaik sampai tak mampu dah nank menangis.^_^
  

Friday 24 May 2013

Accident ^_^

Hye hello...

Well, cerita ni dah dua minggu senarnya. Busy sangat so tak sempat nak post entry. hehehehehe
Well pada 13 mei 2013, ye..tarikh bersejarah untuk aku. Takkan aku lupa lah sebab aku accident. Alhamdulillah, aku dan kereta serta roomate aku tak de pape lagi..actually, cerita dia macam ni...sebab dengar banyak sgt version yg tak sedapkan...hehehehehe

pagi tu pukul 8.30pagi, first class adalah class pak adi. kelas pak adi ni kalau lambat 15minit pintu kunci. So memang hari isnin aku memang bangun awal sikit la tapi suddenly ari tu aku terbangun lewat sebab tido lambat and aku mengantok masa tu. Well, pagi tu ujan kot, paham-paham la kalau ujan ni kan, tapi masa aku nak pegi kelas tu, ujan dah reda. Tapi jalan still basah lah. So aku tengok-tengok jam dah pukul 8.30. Rumah aku nak ke utem amek mase almost half an hour klau waktu pagi sebab traffic lite and kete banyak. So nak di jadikan cerita, aku pown drive tapi aritu aku tak bawak laju macam biasa sebab ari ujan tapi! aku terikut lorong kanan. Aku rasa sebab masa tu aku mengantok lagi la so aku pown ikut lorong kanan. Lorong kanan, kalau lepas ujan, lori pown tanak lalu tau sebab jalan die penuh air. Aku rasa aku gila la ikut situ. Aku dah nampak air, tapi aku tak berenti and aku pown drive, kowunk tau kan kalau kita drive dekat jalan berair, kereta kite mesti lost control and dats happen to me! kerete aku lost control..kereta nak ke kanan. Aku ulang, kereta aku nak ke kanan and aku memang duduk kanan maksud dia kat sini, aku da nak naik atas divider jalan da tapi aku cube sedaya upaya aku control kete so kereta aku memang tak masuk kiri dan sipi-sipi nak hentam divider. divider duduk kiri ker? Memang terhuyung-hayang la kete tu tapi memang tak masuk kiri sebab dlm kepala aku, kalau aku masuk kiri, aku mesti hentam kete kiri so aku memang sedaya-upaya control kete aku tanpa masuk kiri and aku sedaya upaya juga tanak break emergency sebab aku pikir kereta akan spin and orang belakang akan hentam aku juga. Of coz mesti lagi dasyat yang jadi. tiba-tiba, ada kereta dari belakang hon, aku terkejut! terus tekan break! BAMMMMMM!!!! and aku pown terus P kan kereta and turun tengok kereta. Masa aku nak turun tu yer...air yang bertakung pada lorong kanan, saya ulang, LORONG KANAN adalah atas paras buku lali. Imagine dalam dia? Aku tak kira, aku terus pegi tgk bontot kete and suprised! just calar je...aku tengok pulak kereta  orang belakang and tadaaaaaa! kemek kau! aku tgk jugak diorang ok tak and then aku terus nangis. Panic aku accident ni lebih teruk dari panic kereta aku lost control beb! seriyes! So mase tu aku just ingat menangis je. Terus call mama, cakap accident. Nak cerita pown dah tak boleh sebab air mata aku da mcm ujan. ahahahaha! Owh yea, masa accident tu, aku P kereta kan kt lorong kanan yer. Saya ulang, LORONG KANAN. So disebabkan tanak jadi jem, diowg suh alihkan kereta KE KIRI. tapi bukan aku yg alih la. Tangan da menggigil kowt. dah banjir so budak proses yang tolong alih kan ke kiri. selang beberapa minit abah call, and aku pown cerita la apa jadi dalam keadaan tersedu- sedan. Shima call kan asma' and fedzuan. First classmate aku yang datang time tu, Daus and mejoh. Pastu terus ramai budak kelas aku datang. Actually, aku tak uruskan pape pown, aku duduk tepi and nangis je. Semua urusan kelas, perbincangan diuruskan oleh budak kelas aku, shima and asma'. Seriyes la weyh...aku memang tak leyh pikir apa, dalam otak aku, aku pikir what have i done to my car again! so memang aku tak leyh wat pape la time tu. Bila ingat balik, bapak malu weyh! enab nangis. T_T ada selimut tak? nak tutup muka! Sebab ramai budak kelas aku nampak aku nangis woiii! So di sebabkan ada things happened and kerosakkan dia sangat teruk, abah suh settle balai. Heeeee...itu pown abah cakap kt shima sebab aku dah tak leyh terima arahan. Aku dah tak leyh pikir selain nangis. T_T
So pergi la balai...yang drive kereta aku Hapiz oncet, sebab tatau nak wat report ape, dah tak tau nak cite start darimana, so aku istighfar byk-byk kali. Hurmmm, 4 kereta yer teman saya buat report. heheheheheheh :-p thanks kowunkkkk...ahahahahah

So masa buat report tu, cik adik tu buat report sebelah aku, and aku terdengar report yg tak sedap...dia cakap aku masuk kiri. So jadi lah pelanggaran tu. and dia cerite kat rakan-rakan dia pown aku masuk kiri. So kat sini aku rasa bengang....Kita sama-sama budak manufacturing. Sama-sama amek engineering. Yang bezakan kita maybe pointer lah so apa kata bagi reason yang logic sket. Kalau aku masuk kiri, and baru kau langgar, takkan la kita berenti kat kanan. Kire cerita kau ni, kita belanggar di lorong kiri and macammne ley berenti kat lorong kanan? berani giler kau dah langgar and nak settle kat lorong kanan? kalau langgar kat lorong kiri, mesti tadi kita da kat kiri. and kalau aku masuk kiri, and kau langgar aku..mesti kereta kau atau aku akan terheret ke kiri..rite? Jangan jadikan alasan lost control aku untuk cakap aku masuk kiri. Yang calar kete aku, otak aku ingat lagi beb! owhhh..lagi satu, kalau aku masuk kiri and ko langgar, apasal kereta aku tak kemek? tapi calar kereta aku macam orang blakang nak potong kiri and suddenly kereta depan stop and BAMMM! Calar kereta aku, dari tayar sampai lampu, and calar tu calar seret. Kalau aku masuk kiri and kau langgar, harus lah kereta kau lagi teruk daritu and kereta aku kemek juga and tade calar seret tu. kemon lar, we are engineer, bagi alasan cara engineer berfikir la beb. And one more thing, yang hon aku tu kereta ko kan? means ko da nampak kereta aku lost control, why kau tak jaga jarak kau tapi kau still nak potong aku? and then ko cipta cerita cakap aku masuk kiri. aku bengang jugak la bila dengar cite tu. Kalau kita nak selamatkan diri pown, kemon la, jangan cerita alasan yg xlogic sister. fuhhh!

so hari tu tak pergi kelas sebab dapat MC. hehehehehe. and Alhamdulillah aku and kawan selamat and kereta pown selamat. Thanks la kat kawna-kawan yang tolong esspecially kawan kelas. kalau kowunk tade, aku memang tak tau nak watpe and cakap pe. and again to orang yang tolong repair tayar kete aku. Again aku susahkan dia. kuikuikuikui. So...tu je...nyway again aku cakap...aku proud dengan 3BMFU sebab semangat setia kawan diorang tinggi giler kowt! terharu..sobsobsobsssss






Sunday 12 May 2013

road Madinah to Mekah


Asalammualaikum..

Hari ni aku terpanggil untuk bercerita beberapa pengalaman aku dekat Tanah Suci Allah. Bagi aku, Allah bagi aku pengalaman untuk berkongsi. Ilmu yang di kongsi In Sha Allah pahala ganjarannye. In sha Allah..

Pengalaman Pertama ( Madinah)

Masa tu nak melawat Raudhah. Tu first time aku pergi. Memang kosong. Tapi Alhamdulillah, mama ada. semua yang aku takut berkurang. Suddenly, Allah kurniakan aku satu tanggungjawab. Menolak seorang makcik yang bergelar ibu. Ya Allah, hati aku merungut masa tu. Cakap mcm-mcm. dan itu first time aku tolak orang pakai kerusi roda. Subahanallah! sampai la aku terpisah dengan mama and nenek aku dalam masjid nabawi. Masa tu, memang aku rasa nak menangis. Aku beristighfar je tapi aku terus kan perjalanan jugak sampai dekat satu tempat, kami berhenti untuk solat sunat. Aku tersedar. Aku dah buat dosa rupanya. Allah tutup pandangan aku sebab dosa aku. Merungut padahal tu adalah amanah Allah. Sekiranya yang duduk dekat situ mama aku, adakah aku akan merungut jugak? aku terus solat taubat. solat hajat. Aku berdoa supaya aku jumpa mama aku balik sebelum aku masuk ke Raudhah. Alhamdulillah..Janji Allah itu pasti. aku jumpa mama balik. Mama tanya aku pergi mana, mama berenti depan pintu tu je nak amek air sembahyang dekat air zam zam tu. Kalau korang nak tau, masuk je pintu masjid nabawi..jalan sikit ada air zamzam. Sepatutnya tak leh amek air sembahyang tapi mama curi-curi. Selagi tak mengotorkan masjid, ambil je di mana-mana. Sebenarnya, masa aku nak gerak ke tempat aku solat sunat, aku dah pandang setiap pelusuk kawasan kat situ, actually mama ngan atok duduk betul-betul depan aku. Tak jauh dari aku tapi kuasa Allah, pandangan kami di kaburkan. Subhanallah!

Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Raudhah. Aku insaf. Walaupun aku tolak makcik tu tapi aku tetap dahulukan mama dalam apa hal sekalipon sebab seblum aku pergi, ade sape ntah pesan kat aku, lebihkan ibu kita, In sha Allah, Allah permudahkan segalanya.  Dan sekali lagi! Janji Allah itu pasti dan tiada keraguan, aku dapat solat betul2 dekat bawah mimbar rasulullah dengan kawasan yang luas. Subahanallah! Kalau kawan-kawan nak tau, laluan utk ke Raudhah terbahagi kpd 2. untuk org sihat fizikal dan berkerusi roda. Syukur ada makcik tu, kalau tak aku memang dah terpisah dengan mama sebab aku sihat tubuh badan. Nampak tak, peraturan Allah tu sempurna. Subhanallah! Lagi satu, mimbar rasulullah tu xbesar tau, kecik dan sempit. sekali dia bagi masuk memang ramai. Pikir sendiri la, dengan kerusi roda jadi makin sempitkan tempat tu? tapi Janji Allah tu pasti, aku dahulukan mama, aku dahulukan makcik tu. aku letak makcik tu betul2 saf depan. aku pastikan mama dapat solat dulu baru aku solat. Alhamdulillah. Kuasa Allah s.w.t..aku dpt solat btl2 blkang kerusi roda, tempat yg sempit tu tiba-tiba besar, penjaga yang garang tiba-tiba bagi aku peluang sehingga aku memberi salam. Subahanallah! Alhamdulillah...

Pengalaman kedua (Madinah)

disebabkan rasa rindu terhadap Rasulullah S.A.W, sekali lagi kami pergi ke Raudhah. Tapi kali ni atok tak ikut. Kesian atok, atok dah tak larat jadi atok balik dengan abah. Kami pergi sekali lagi selepas isya'. Kami dikumpulkan ke satu tempat mengikut negara. Malaysia adalah negara paling terakhir yang di benarkan masuk sebabnya, Klau dia bagi kita masuk sekali dengan orang arab tu, memang penyek la kita. kita tinggi ketiak dia je. besar kita separuh badan diorang. Lama sangat tunggu tapi atas kesabaran dan niat yang satu, kami cekalkan jugak hati. Alhamdulillah! dapat jugak masuk. Ya Allah, rupanyer begini tempat untuk orang yang sihat. Ada diantar mereka begitu taksub tu sebab sesi tolak menolak terjadi. Aku dan mama terus berhimpit2 mencarik karpet hijau, tanda kita sudah sampai ke raudhah adalah apabila karpet hijau, di situ lah Raudhah.  Sampai je kat karpet hijau aku terus suruh mama solat dulu. Sekali lagi, aku pastikan dulu mama dapat solat, baru aku solat. Sekali lagi. Janji Allah tu pasti! tempat yang asalnyer tadi sempit sehingga ruang untuk sujud pown tade, tibe-tibe jadi besar kawan-kawan! orang lalu lalang kat depan aku and mama aku tapi diowg tak pijak langsung tempat sujud kami! Subahanallah! dan Alhamdulillah, aku and mama dapat solat sunat 4 rakaat. Bermaksud 2 solat sunat. Alhamdulillah! Dan apabila aku nampak ada makcik tua ni berhimpit untuk solat, terus aku tarik makcik tu supaya solat di tempat aku itu. Aku dan mama balik. Alhamdulillah! makcik tu pown dpt solat sunat dan satu ketenangan aku peroleh malam tu. Aku dapat saksikan kuasa Allah. Allah itu Maha berkuasa!

Pengalaman Ketiga ( Mekah)

pengalaman ni masa wat tawaf wada' iaitu tawaf selamat tinggal. Ustaz sarankan buat 6+1..maka kami pown buat macam ustaz suruh. Asalnye kami 4 beranak tapi tiba-tiba burung berak dekat abang so dia terpaksa amek air sembahyang dan suruh kami sempurnakan tawaf dahulu. Sepanjang tawaf, kami 3beradik sentiasa menjaga keselesaan mama. Kami kepung mama dan tak bagi siapa pown tolak. Utk bahagian aku, sekiranya ada yang merempuh, aku cubit2 orang tu..aku nak tolak, aku tak daya, so tiba-tiba tekuar idea untuk cubit dan siku-siku  pak pak arab n mak mak arab ni. dan Alhamdullilah, menjadi! hehehehe!  Selesai 6 tawaf, dan atas kuasa Allah, tiba-tiba kawasan tawaf orang bekurangan. Mama terus bawak kiteorang kat makam nabi ibrahim. ya Allah! sekali lagi kuasa Allah, masa kami datang untuk melihat, tiba-tiba orang tak ramai, bila kami tinggalkan makam tu, tiba-tiba ramai orang. Allah dah permudahkan ibadah kami! Alhamdulillah..
Lepas tu, kami pergi ke hijir ismail. Masa aku nak ke sana, aku sentiasa pesan dekat adik aku, apa pown jadi, lindung mama dulu. Dahulukan mama dulu. Jangan bagi mama kena tolak dan Alhamdulillah, berkat usaha kamii 3 beradik, mama dpt beribadah dgn selesa dan senang. Bagi aku, doa mama tu mustajab, jadi sekiranya tak de keizinan untuk aku solat di situ, semoga dengan berkat doa seorang ibu, aku mampu menjadi berjaya dunia dan akhirat. Amin. Hijir tu kecik kawan-kawan. Tapi sekali lagi, kuasa Allah, tiba-tiba ada satu tempat je untuk solat dan terus aku suruh mama solat dekat situ. kami 3 beradik menjaga mama semasa beribadah. Ada orang nak pijak tempat sujud mama, aku mara..kami kepong tempat solat mama tu dan Alhamdulillah. Mama dapat solat di situ dan niat mama utk solat di situ terlaksana. Alhamdulillah. Sampai giliran kami, kami gilir dan sepanjang kami solat di situ adik beradik, tempat sujud kami besar sebesarnya. Subahanallah! Seperti aku cakap tadi, Kalau kita permudahkan ibubapa kita dan letak 1st priority utk mereka, In sha Allah..semua akan dipermudahkan..tempat yang kami solat tu, sekali lagi aku tarik de makcik tua keturunan arab supaya dia solat di situ dan lhamdulillah, dia dpt sempurnakan solatnyer juga...

so tu tiga pengalaman terbesar yang sampai sekarang aku ingat dan memang aku nak kongsikan. Mungkin Allah bagi aku peluang ni supaya aku pesan kat kau, kau dan kau supaya lebihkan ibu bapa kita. Ingat yer, Redha Allah terletak pada redhanyer ibu bapa kita pada diri kita. tak guna solat banyak-banyak, sedekah banyak-banyak tapi tade redha ibubapa sebab secara tak langsung kita takkan dapat redha Allah. ingat tentang cerita pada zaman Rasullulah S.A W yang mana ade seorang anak yang sgt baik, suka bersedekah, kuat solatnya, kuat puasanya, meninggalkan kemungkaran namun dia susah nak meninggal. Sebab apa? sebab dia lebihkan isteri daripada Ibu dia sendiri sampai ibu dia kecik hati. dan di sebabkan itu, azab yang die dpt sgt pedih. selagi ibu die tak redha, selagi tu dia takkan meninggal dan segala amalan dia sia-sia sampai Rasulullah nak bakar dia. Tapi atas belas dan sayangnyer ibu, seorang ibu tu, walau macam mana pown merajuk dia, sayang dekat anak tak pernah kurang tau! Peraturan Allah itu sempurna, percaya pada peraturannyer, selamatlah kita dunia dan akhirat. Itu yang aku belajar dan aku pratikakn sampai bila-bila... 

So..bagi yang akan ke tanah suci bersama ibubapa dia...senangkan ibubapa kowunk, niat dari sini lagi..In Sha Allah, semua tempat-tempat tu kita akan dapat pergi dan kongsikan kelebihannya.
Sempena hari ibu ni...Selamat hari ibu mama! kami sayang mama! semua ni kami takkan lupa!




















Thanks mama abah cause you brought we here! ^_^




Saturday 11 May 2013

MELETOP! POOMMM! ^_^

 Asalammualaikum..

hah! arini aku nak story sket kat kau, kau dan kau pe jadi kat aku pada hari jumaat lepas. Well, like usual la..ari jumaat adalah hari aku balik ke Bangi. My home sweet home. Actually aritu kul4 petang aku de intebiu  practical dekat kilang Nichicon. Well, on of the factory yg sama establish dengan Sony. Alhamdulillah! so aku pown excited la kan nak balik ni. Tapi tak tau la kenapa kan, aritu aku tergerak hati nak balik lepas solat jumaat. Kebetulan plak aku teringin nak makan Asam pedas Ani Parit Jawa so memang aku balik after solat jumaat la.

Nak di jadikan cerita, hari tu mama asyik call je tanye bila nak balik. hewhewhew! selalu pukul12 da terpacak depan pagar rumah, arini pukul 1.30 ptg tak sampai-sampai, mau xrisau orang tua tu kan. So tepat pukul 2 aku pown gerak dari umah. masa gerak dari rumah tu actually aku da dengar bunyi tayar tu lain macam, well..aku ni kalau kereta aku de bunyik lain mcm sket aku memang alert. Mau tak alert, tu larh satu-satunyer harta yang aku de weyh. Abah bagi pinjam. so kne la jage elok-elok kannnnn..bila aku dah dgr bunyik pelik tu, aku teros stop kete kat tepi ans cek tayar. tapi okay je so aku powngerak and aku dengar lagi bunyik tu. Tibe-tibe bunyik tu ilang so niat aku dah sampai umah nak bagitahu abah tayar problemm. Aku pegi la isi minyak cam base and blablablablabla...

Dah lepas tol, aku pown speed cam base. belagak ni. Dok lorong paling kanan..speed..errr pikir sendiri la kat highway dok paling kanan. Al-maklumlah..time tu dah pukul2.30 beb! intebiu pukul 4! kalau bawak kura-kura tak sempat plak kn? so speed cam base...suddenly!! plupluplupluplup...lebih kurang camtu la bunyik aku dengar dari lua. Aku teros [elankan radioa and dengar balik. bukak tingkap and bunyik kuat teros bagi signal ke kiri. Time nak ke kiri tu kete vios ni pandang aku. dalam hati aku da tergerak ni, tayar aku meletop ke, then teros bagi hazard light and kua and tadaaaaaaaa! Yes! TAYAR AKU MEMANG MELETOP WEYH! DAH KEMPIS! SIAP PECAH_PECAH LAGI! T_T

Jam menunjukkan pukul 2.35 petang tak silap. Duduk jap kenang nasib and then teros call incik Zaki. Tapi....jawapan hampa yang aku dengar. Ye..mane tak hampa weyh! dia da kat rawang woiiiii! so aku da nerbes da..aku nak mintak tolong sapa ni?? so tergerak hati aku call kawan kelas aku..hehehehe..Amal! Maaf la amal, kau menjadi insan bertuah. aku tak tau nape aku teros nak call ko. Hahahahaha! dia boleh gelak eyh...and soklan cepu mas die bagi aku..ko reti tukar tayar kete tak! MESTI LAH TAK! AKU KAN POMPUAN! ahahahahaha...sesi pujuk memujuk berjalan dan yes! Amal datang tolong! Yahoooo!!! Lepas call Amal, teros call abah, bagitahu tayar pancit. Aku tak tahu la...tadi masa call Amal ngan Zaki, tak de pulak aku nak menangis, bile kol abah je..hah kau! berjurai-jurai ayaq mata. Control abeh la mase cakap ngan abah..ahahahahah! So, before amal datang, aku cek dulu tayar spare ( aku tak tahu pulak yang tayar tu ade lock, padanlah tak leyh nak angkat), peralatan-peralatan untuk tukar tayar. Aku terjumpe kotak merah....aku tergerak ati nak bukak..tadaaaa!!!! yes! da jumpe emergency signboard tapi yer..aku tatau nak bukak...ahahahahahaahah! belek punye belek..Amal sampai ngan Kudip. Okay fine..kudip gelak aku bagitahu aku tak reti bukak menantang tu. Malunyer aku!!!!!! name engineering student, tapi bukak tu pown xreti..ok! aku cemas mase tu..ehem ehem!

Thanks la kat diowg sebab datang tolong tukar tayar walaupun bila diorg tanya, tempat pusing ni mane? spana mana? and jawapan aku entah...sebab jujur la..aku tak penah amek tau ape abah bubuh dalam bonet tu even abah bagitahu pe abah bubuh..aku slalu cakap..OK! dan skunk..nah! aku insaf beb! Nyway, lesson paling aku tak lupe is, In sha Allah, after dis kalau tayar pancit, akuu dah leyh tukar sendiri. Thanks to Amal and Kudip sebab bukan tolong aku tukar je tapi bagi aku pengalaman sendiri camne nak tukar tayar tu and seriyesly aku perlu lebih tenaga mase bukak bold kete tu. tapi yang lain Amal and Kudip cakap aku dah lulus.

Yeayyyy! tayah nak hepi sangat...dah pukul 3.30...memang aku bawak kete 45minit jelakan dari melaka ke Bangi. Yela, aku delaykan intebiu ke pukul4.30. Sepanjang dalam kete tu, aku istighfar je. Permudahkan jalan aku. Aku yakin Allah pasti tolong hamba dia and tadaaaa! aku sempat sampai and selamat sampai. Alhamdulillah. and the best part is.......AKU DAPAT LI DEKAT SITU. DUDUK DEPARTMENT FEVERET AKU, QUALITY CONTROL. AND THE BEST THING, AKU LEYH WAT THESIS SEKALI KAT SANE! elaun eyh..shhhhh...itu PnC kay. Papepon..lesson aku dapat time tu..First, even tayar aku meletop, aku bersyukur sangat dia tak tarik kereta kalau tak aku rasa aku heret la dosa-dosa aku tu masuk kubo and Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk aku bernafas and selesaikan ape yang patut. urusan dunia dan akhirat. Second, next time, jangan jadik perempuan yang bodoh. Pandai pakai kereta, pandai tukar tayar, isi angin, blablablabla..lesson ketiga pulak, PAKWE AND KAWAN, TRUST ME, KAWAN LAGI PENTING....lesson keempat and terpenting, SETIAP UJIAN YANG ALLAH BAGI, TAKKAN MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBANYA. PERCAYA PADA DIA, IN SHA ALLAH, SEGALA YANG SULIT AKAN SENANG..


LAHAULAWALAQUWATAILABILLAILALYULAZIM


Sunday 5 May 2013

Countermeasure for PRU dis year..

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu saya nak mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya untuk PRU kali ni dan kepada PR, perjuangan masih perlu diteruskan..In Sha Allah...dan kepada BN, janji sila ditepati...lebih tulus dan jangan asik bg kroni je mkn..hewhewhew..

Actually, dulu aku xberminat pasal politik. Aku rasa politik ni sangat kotor beb. Tapi! setelah aku pergi ke satu program yang mana aku rasa aku telah ditipu, mana taknyer weh..dia tulis program anak angkat, komain hah aku siap google dalam internet pengalaman-pengalaman orang yang pergi program tu, semata-mata nak tahu best ke tak. sekali bila aku join je program tu, mula tersemat satu perasaan dan nekad. sumpah aku tanak undi kau. Klau kau boleh tipu mahasiswa dengan guna name program lain, tak mungkin kau boleh tipu rakyat...well, macam kne curah api mase tu. Yang tak tahan, siap tuduh aku pengintip. kepala hotak kau. Kau cakap kan..memang betul-betul aku buat.then dari situ aku carik kebenaran...ahahahahah! tu la storynyerrr...

So sepanjang PRU13 ni kan..aku terpanggil untuk menyalurkan satu idea kepada SPR. Yela, tiap-tiap kali pilihanraya, yang kena hentam kuat, SPR. Actually aku sian kan diorang. Tak de bukti sahih mengatakan diorang ni berat sebelah. Cakap mulut, semua orang boleh cakap kan? so aku memang kesian kat diorang. Yang tak buat kije dengan betul tu lantak dialah kan, yang buat kije dengan betul..tak pasal-pasal kita dah menfitnah..kan? kesian kot kat diorang. Tapi aku pelik, SPR tade wat postmortem ke pas pilihanraya ni? means aku carik kelemahan and topup balik so that, dah tade la orang cakap itu ini for next pilihanraya kn?..kalau ade, kenapa aku tak nampak peningkatan? masih ditakuk yang lame..please bos-bos SPR, kesian kat anak buah korang. Asik kena hentam..

Dalam term engineering, tenaga manusia digantikan dengan mesin-mesin untuk mengurangkan bahaya. Contohnye mesin welding, ade robot welding..so die gantikan tenaga manusia and pakai robot. so that, manusia takdelah terdedah dari bahaya and paling penting, kualiti terjamin. Teori engineering la cakapkan. So dripada teori ni, dapat kite simpulkan, mesin ni tade perasaan penat, takut, and blablabla rite? 
so kenapa kite tak amek teori ni and apply dalam kiraan undi SPR? yang kira undi tu manusia kan? diorang pown tahu penat, bila da penat so orang luar akan gunakan istilah penat tu dengan menabur fitnah. kan? kalau salah mintak maaf. Let say, kalau engineer leyh cipta AES untuk ganti tenaga polis yg terdiri daripada manusia, so kenapa engineer tanak cipta mesin kire undi? Simple rite? kalau robot yang kire undi, tade lah lagi fitnah berat sebelah tu jadi kan? 

okay, peti undi tu kan cam begkan? ape kata peti undi tu engineer buat bagi jadi sesuatu yang kreatif. i mean, buat macam hopper tertutup, so that tade la istilah merapu-rapu tu wujud lagi andddd fitnah untuk SPR boleh dikurangkan rite? Ye...kalau xkira manual, nanti camne nk tau berapa banyak undi rosak kn? Well, engineers, u are well educated, belajar kat oversea then balik lah berbakti buat bende simple ni..even mesin beras pown boleh asingkan kulit beras and beras, so why kamu as engineers tak leyh pikir mesin kira undi yg konsep die lebih kurang kn? Bila dah ade mesin, precision untuk berlaku ralat tu dapat dikurangkan rite? Kalau benda lain kita dah boleh teknologikan, why bende sesimple ni tak leyh nak teknoligikan. See, negara lain rasanyer tak de lagi yang buatkan? let say Malaysia jadi the first country yg buat..tak ke Malaysia di angkat tinggi and lagi bagus kalau yang buat mesin tu orang beragama islam. kan? And secara tak langsung, negara leyh buat duwet dengan mengeksport mesin-mesin tu untuk negara luar. 

So engineers sekalian, dalam tempoh lima tahun, ade baik you all seat together and do a research bout this thing. nampak remeh temeh kan? tapi In sha Allah, kakitangan SPR tade la lagi di gelar pembelot. So orang nak kate itu ini pown tak leyh la kan? so engineers daripada semua field, turun and pikir untuk teknologikan 2 benda penting..PETI UNDI and MESIN KIRA UNDI. even lecturer-lecturer yg from field engineering pown rasenyer dah boleh berpikir da sekarang. 

Saya masih mentah. banyak yang perlu belajar. Tapi ini ape yang saya amati. Kalau kita boleh teknologikan pelbagai benda, cuba kita teknologikan yang ini pula. Tak semetinya kereta, moto and the other things je leyh sumbang kepada duwet kerajaan kan? Saya masih belajar. Baru sangat. cuma idea je mamapu diberi. Pastinya banyak engineer yang berpengalaman yang mungkin dah de IR pown kat name diorang yang boleh fikirkan dgn lebih baikkan?  so to goverment, ape kate kite beralih ke projek minor ni pulak, nampak macam remeh tapi kalau pikir deeply mesti kita boleh diangkat oleh mata luar. So engineers, kamu ade 5tahun dari sekarang start arini untuk berfikir. Cuba bayangkan, yang jadi SPR tu anak cucu kamu, kena tabur fitnah padahal da berkhidmat habis jujur...prisip engineer, WE SOLVE THE PROBLEM rite? this is the years problem..pleaseee settle it dear.. sekadar pendapat. maybe leyh wat tajuk tuk master..hewhewhew ^_^



Friday 3 May 2013

Buat sahabat

Asalammualaikum..
buat sahabat - sahabat yang di sayangi..

Aku tau kamu dalam keadaan berduka..menangis..menahan sakitnya hati..aku tahu perasaan kamu..aku tahu sakitnya macam mana..sebab aku dah pernah rasa dulu. Aku mintak kamu jangan ulang apa yang aku buat dulu. Dulu aku jahil, aku tak pernah bersyukur dan selalu salahkan takdir. Kamu tau tak kawan, bila kita salahkan takdir, umpama kita salahkan Allah S.W.T. Subahanallah! besar kan dosa aku? Aku pon hampir berputus asa. Tahu tak kawan, antara dosa-dosa besar adalah bila kita berputus asa. Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah! 

Aku pun tak sekuat mana, tak setabah mana. Aku pun pernah tersungkur. Tapi berbekalkan iman dalam diri aku, aku selalu berpesan dekat diri aku. Hati ini milik Allah kawan. Kalau kita tak redha dengan segala kejadian ni, bermakne kita masih marahkan Allah. Tak takut ke marah kan Allah? Tak takut ke kalau Allah putuskan rahmat untuk kita??

Aku tahu, aku pandai cakap jer. Tapi bila kena aku pon menangis macam kamu jugak. Tak! Aku hanya menangis untuk melepaskan segala apa yang aku pendam. Tapi aku sentiasa ingatkan diri aku, Allah bagi kita ujian sebab Allah tu rindukan kita, Dia rindu nak berborak dengan kita. Cuba tanya diri kita balik, sepanjang Allah berikan kegembiraan, berapa kali yang kita bersujud dan berborak dengan Dia?? Tak pernahkan?? sebab tu Allah tarik balik apa yang Dia bagi. Sebab kita dah lupakan Dia. Dia tanak kita jauh dari Dia. Tanak kita alpa dengan apa yang Dia beri. Tu tanda Dia sayang kita kawan. tu tanda Dia sentiasa ingatkan kita. tak berbangga ke kita jadi insan sebertuah tu? sentiasa dinigati oleh-NYA..

kamu, setiap yang Allah tarik, Allah akan ganti dengan yang baru. Janji Allah tu pasti. Yakin lah kawan. Allah selalu bagi apa yang kita perlu. bukan apa yang kita nak. Pahamkan sekarang? Jadi, janganlah menangis lagi. Bangunlah dan jadi kuat tau...